Dia jawab “ tak ada masa”
Saya bagitahu dia,
1. Masa ada sahaja,tapi kita yang tak uruskannya dengan baik.
2. Kalau tak ada masa,maksudnya dah matilah,hanya orang yang mati dah tak ada masa.
3. Selagi hidup selagi itu kita ada masa,jadi uruskanlah dengan baik atau kita akan kehilangan masa yang berharga.
4. Masa orang kata macam emas,berharga. Tapi sebenarnya masa lebih berharga dari emas sebab emas yang hilang kita boleh cari dan ganti,tapi masa yang hilang tiada gantinya.
5. Kalau kita tak urus masa,masa akan jadi tak berguna.
Kita yang menentukannya
Semoga bermanfaat