Isnin, 18 Julai 2022

rencah kehidupan

UJIAN..rencah kehidupan insan
Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia.
Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.
Cuma, setiap kali apabila disebut ujian ALLAH maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah.
Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.
Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup.
Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.
Mengenai ujian kesusahan, firman ALLAH di dalam Surah al-Baqarah :
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali." [156]
ALLAH tidak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan.
Tapi ALLAH janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.
Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?
Bersabarlah . Pandanglah setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.
Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala Merahmati dan Memberkati serta membuka segala pintu kebaikan buat kita semua.
In sha ALLAH.
Muhasabah Diri

adik beradik

Hubungan baik adik beradik boleh retak hanya kerana tanah pusaka.

Ingatlah, dunia ini untuk ditinggalkan, bukanlah untuk kita menetap.

Pergaduhan adik beradik boleh memutuskan silaturrahim, menambahkan sengketa dan menambahkan titik hitam di hati. Inilah yang dimurkai Allah.

Segala yang ada di bumi ini adalah milikNya, maka tiada apa yang perlu digaduhkan.

Ibu bapa dah lama meninggal dunia, adik beradik bergaduh tentang tanah. Allahu, alangkah sedihnya ibu bapa di alam kubur sana.

Mereka menanggung hukuman di sana, anak-anak pula tidak berbaik. 

Anak-anak lebih sibukkan harta daripada tumpu ingat kepada DIA Yang Maha Pemilik segalanya.

Letakkan Allah di hati, maka dunia ini kau tidak akan nampak lagi.

Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita, alangkah indahnya jika tanah yang direbut itu niatnya untuk wakafkan.

Namun, sebaliknya lebih kepada kepentingan diri masing2.

Nauzubillahiminzalik, semoga dalam keluarga kita tidak jadi sebegitu rupa. 

Berdamailah sesama adik-beradik, letakkan di hati masing2 untuk bersederhana dalam segalanya.

Jika berlaku pergaduhan adik-beradik, maka tidak tenteramlah rohani.

Mereka daripada Allah, maka hadaplah dan bersilaturrahimlah dengan mereka seperti menghadap Allah.

⚘ ❤️🍃

@DakwahSentapOfficial

Khamis, 14 Julai 2022

rawatan penyakit

Rawatan gout, kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya dengan Tn Hj Isa *kos hanya RM50 hingga RM100 sahaja.*
Mana kawan2 yg ada penyakit ni cuba2 lah jangan lupa mohon pada Allah.  In Shaa Allah.
*010-2351543 Hj Isa, Pulau Gadong, Negeri Melaka*

belajar untuk berubah

Apa yang kita buat pada orang lain,Ia akan berbalik pada kita semula. Mungkin esok.Mungkin lusa. 
Mungkin setahun lagi.
Atau jika tak di dunia, kita akan dapat balasannya di akhirat sana.
Sebab itu kena banyak buat baik. Kena usahakan apa saja yang baik. Kecil atau besar. 
Kerana, beri kebaikan yang terbaik adalah amanah yang paling besar buat diri.
Beri kebaikan yang terbaik jika ingin menjadi baik

"Hakikatnya, manusia tidak dapat merasa kebahagiaan yang sebenar jika mengukur kehidupannya dengan kebendaan. Namun, apabila diukur kehidupannya dengan apa yang ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala beri dan berasa puas dengan pemberian ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.. inilah orang yang paling bahagia di dalam kehidupan."
Hidup didunia kita akan selalu menyalahkan orang yang menegur kita ..... 

Tetapi , diakhirat kita akan saling menyalahkan orang yang tidak menegur kita semasa didunia .
Orang yang suka memberi nasihat tu, Sebenarnya dia telah tempuhi banyak masalah hidup                                  
Sekarang ni lain. Ada pulak SEGELINTIR manusia yang bangga dengan dosa sendiri.
Allahu...