Khamis, 9 Disember 2021


"Macam mana nak buat supaya semua orang tak benci kita? Dik tak nak sesiapa benci adik dalam dunia ni.."
"Dik, Allah yang Maha Agung dan yang Menciptakan manusia pun RAMAI orang benci.
Rasulullah s.a.w. yang maksum dan perfect tu pun ramai orang benci.
Siapalah kita ni nak pastikan takde orang benci? Sebab hakikynya memang akan ada orang yang benci kita. Bahkan ada yang benci kita TANPA SEBAB.
So kesimpulannya adalah, kalau ada orang benci kita, tanya kenapa. Kalau dia benci tanpa sebab, kita tarik nafas dalam2. 
Kemudian, sabar dan senyum. Lepas tu buat tak tahu je. Dunia ni terlalu LUAS untuk asyik fikir tentang orang yang benci kita.
Kat luar sana ramai yang suka dan sokong kita. So rilek, tenang, dan buat tak tahu je."


Sabtu, 4 Disember 2021

5.12.2021

Tidak semua benda boleh berlaku dengan mengikut cara yang kita percayai sahaja kerana setiap benda akan berlaku mengikut cara tertentu. Berjaya macam mana pun takkan mengubah fakta diri kita yang dulu. 
Tapi berjaya pada masa sekarang mampu menghalang kita dari hidup seperti masa lalu. 
Kadang perangai atau tingkah laku seorang manusia itu terbentuk dari persekitaran kita. 
Apa yang mereka nampak, rasa, jalani dan alami itulah yang membentuk diri mereka pada hari ini. 
Memang tidak dinafikan ramai orang jahat atau kelakuannya buruk kerana mereka membesar dalam persekitaran yang memaksa mereka melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan. 
Kesimpulannya, kita jangan suka cepat mengadili tanpa melihat tikaman lalu di belakang si pesalah. 
Mungkin saja mereka ingin melepaskan diri dari tikaman masa lalu / mereka terperangkap dengan bayangan hidup lalu sebab itulah perangai mereka bukan seperti manusia yang cukup terdidik. 
Setiap benda yang datang dalam hidup kita, bukan datang dengan kebetulan. 
Tak kiralah benda itu baik atau buruk. Itulah yang kita sebagai orang beriman percaya bahawa ada benda yang namanya takdir. 
Orang yang datang dan pergi dalam hidup kita, itu ada sebabnya. 
Rezeki yang kita dapat dan kita tak dapat, itu ada sebabnya.
Musibah yang menimpa kita, ringan atau berat, itu ada hikmahnya.
Kesempatan-kesempatan atau momen tertentu yang berlaku dalam hidup kita, itu ada hikmahnya. 
Belajarlah bersyukur kepada Allah sebanyak-banyaknya.
Belajar bersabar dan lebih banyak bergantung kepada Allah. 
Belajarlah untuk lebih menghargai orang-orang yang datang dalam hidup kita. Ada yang baik, ada yang kurang, kita belajarlah tentang hidup dan mengertikan hidup dari mereka. Jangan ambil mudah hanya kerana kita rasa kita lebih baik. Saat kita merasa kita lebih baik itulah, kita sebenarnya tidak ada apa-apa pun. Hargai mereka yang mengambil berat kepada diri kita dan belajarlah perbaiki diri kita dari mereka yang mungkin tidak suka kepada diri kita.

Belajar menghargai apa yang kita ada dan gunakanlah dengan baik. Ada banyak orang berharap untuk memiliki apa yang kita miliki, tetapi mereka tidak mendapatkannya, lalu janganlah kita ambil kesempatan dengan apa yang kita ada hanya kerana ia datang kepada kita dengan mudah. 
Belajar menghargai kesempatan yang kita ada kerana kita mungkin tak memilikinya lagi selepas ini. 
Hidup adalah perjalanan. Kadangkala senang, kadangkala susah, kadangkala indah, kadangkala kita senyum, kadangkala kita menangis. Biasalah. Tetapi yang penting kita bangun, belajar terus dan terus bergerak. 

Selalulah pulangkan segalanya kepada Allah dan sandarkanlah segala pergantungan kita kepada-Nya. 
InsyaAllah, hidup lebih bermakna. 

@mencari keredhaan #
@Allah jua kita berserah #
πŸ’πŸšΆπŸ»‍♂️πŸ’“πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸŒΉ