Rabu, 1 September 2021

Assalamualaikum Selamat pg semua .. moga hari ni dimudahkan segala urusan , moga sentiasa dilindungi Sahabat2 semua  🤲🤲🤲
“Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup selamanya. Beramallah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati esok.”
Dunia sememangnya tempat kita mencari rezeki dan kehidupan, namun bukan jadi tujuan.
Dunia hanyalah alat untuk akhirat kita.
Namun, berusaha mencari rezeki sememangnya suatu tuntutan yang bertepatan dengan syarak.
Berusahalah untuk kedua-duanya sebaik-baiknya demi mencari redha Ilahi.
Kita gagal mendidik diri istiqomah kerana terlalu banyak perkara yg telah menghitamkan hati kita...
Kesilapan yg kita lakukan adalah pelajaran baru untuk mencapai kejayaan...
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yg sombong, takbur dan membanggakan diri.
Jauhi dari sifat sombong, jarakkan diri dari hasad dengki, tahan diri dari sifat marah ketenangan pasti akan menyusul nanti.
@mencari ketenangan#dalam kehidupan