Isnin, 13 April 2020

cara untuk rajister kad Onexox

*TIPS MNP LANGKAH-LANGKAH MNP*
*1) Semak Baki sim bakal pelanggan. pastikan*
a) Tidak ada Advance/hutang
*MAXIS
Hantar SMS  
SEMAK ke 20505
b) Laluan/validiti masih aktif. Boleh buat call keluar.

*2) Semak / Verify no MyKAD pelanggan berdaftar dengan telco asal.*
a) Pelanggan CELCOM: 
-Daftarkan dalam Celcom OCS. (sila google). Kalau berjaya daftar, maka ic valid.

b) Pelanggan DIGI: 
TAIP : CHECKID >jarak< (NO. IC dan hantar ke 20000
Cth : CHECKID 801002035111

c) Pelanggan MAXIS: 
TAIP : NO. IC dan hantar ke 22011
Cth : 801002035111

d) Pelanggan U-Mobile :
TAIP : VERIFY >jarakNO. IC dan hantar ke 28011
Cth : VERIFY 80100203511

e) Pelanngan TuneTalk
Daftarkan dalam selfcare.tunetalk.com 
Kalau berjaya daftar, maka ic valid.

*3)SUBMIT MNP*
- 2 jam selepas submit MNP, sila hantar verification SMS (guna sim asal).
a) MAXIS
YES ke 20025

b)CELCOM :
YES ke 28882

c) UMOBILE
YES ke 28138

d) TuneTalk
Y ke 2233

e) DIGI/TRONEXUS/ToneWOW
Y ke 27676

f) P1/UnifiMobile/Webe
Yes ke 25678

g) RedONE
MNP YES ke 23388

*4) Tunggu sehingga result berjaya atau tidak.*
ps : biasa Digi minima 2 x hantar baru dapat.

Jumaat, 3 April 2020

selamat pagi

Assalamualaikum selamat malam 

Jika kita mencari kebaikan  kita akan mendapat kebaikan. Tetapi jika yang buruk juga kita temui...itu menunjukkan yang buruk itu lebih baik daripada yang baik. 

Buruk mungkin hanya pada pandangan kita tetapi pada pandangan Allah semuanya baik belaka. Pasti ada hikmah disebalik musibah.

Didiklah hati untuk redha dan bersangka baik dengan Allah. Insya Allah kita bukan sahaja akan menemui kebaikan tetapi juga akan mendapat ketenangan.

Ingat! Covid19 itu makhluk macam kita. Cuma ia makhluk yang invisible. Kita makhluk yang nampak. 

Bila sebut makhluk. Ia sinonim dengan KELEMAHAN. Kita ada kelemahan. COVID juga ada kelemahan. Sama sama lemah. Tidak perlu terlalu takut dengan nya. Sebab ia lemah. Apa yang penting kita tenang dan tahu mencari kekuatan untuk menghindarinya.

Sifat makhluk, Ia tidak kekal. Sampai masa kita mati. Covid juga begitu, sampai waktunya hilang lah ia. Yang kekal hanya Allah. Yang memberi mudarat juga Allah. Yang memberi nikmat juga Allah. 

Sebab itu, kita jangan sesekali putus hubungan dengan Allah. Nak keluar berdoa, nak masuk rumah berdoa, nak beli barang berdoa. Dalam perjalanan berdoa dan berzikir. Dalam crowd lagilah perlu kita tawajjuh dalam hati untuk mengharapkan pertolongan Allah. 

Kalau sentiasa ingat Allah, inshaa Allah covid pun tak berani dengan kita. Macam juga syaitan. Ia pasti menjauh.

Masaalah kita adalah, kita lupa Allah. Kita hanya banyak inmuharrikdaie ja. Takut makhluk yang bernama covid hingga terdetik dalam hati berburuk sangka dengan Allah.

Ingat, covid tiada vaksin lagi. Jadi, apa yang ada untuk kita ikhtiar? Hanya Allah kan? Allah tarbiah kita agar merasai KewujudanNya. Merasai kekuasaanNya. Merasai kebesaranNya. Dan merasai kerdil dan fakirnya kita yang sentiasa sombong dan angkuh denganNya.

Rasakan akhi! Rasakan Ukhti. Rasakan saudara seislamku.

Dia lah Allaah. Dialah tempat sebaik baiknya pautan kita.