Selasa, 29 Oktober 2019
30.10.2019 kunci ketenangan
Khamis, 24 Oktober 2019
25.10.2019 rezeki
Ahad, 20 Oktober 2019
21.10.2019. kebahagian
3.09.2019
Hargai orang lain kerana kita saling melengkapi. Kasih, sayang, cinta dan rindu satu keperluan manusia. Jadi lah orang yang mampu memberi bukan sahaja manusia yang tahu menerima
Setiap manusia ada latar berbeza.. Kisah berbeza.. Setiap tingkah ada ragam yang berbeza..
Aku meluah segala apa yang ada melalui bahasa..
Tidak semua akan memahami penulisanku..
Tidak semua akan mendalami maksud yang ada..
Di setiap bait kata kataku..
Ada maksudnya tersendiri..
Hanya akan dihayati oleh si pemahami..
Khamis, 10 Oktober 2019
11.10.20193 nasihat dari ku
Baca lah wahai saudara ku ...ini nasihat dari ku..untuk tetapan semua selepas ku pergi...
Kadang, kita kena menghilangkan diri, untuk kita melihat siapa yang akan mencari kita.
Kadang, kita kena berlari jauh, untuk kita tahu siapa yang akan mengejar kita.
Kadang, kita kena mundur kebelakang, untuk kita tahu siapa yang masih berjalan seiringan dengan kita.
Kadang, kita kena menangis sekuat hati, untuk kita tahu siapa sebenarnya yang akan menghapus air mata kita.
Kadang, kita kena berani melepaskan seseorang yang kita betul sayang, untuk kita tahu siapa yang akan mempertahankan hubungan kita.
Korang jangan rasa korang sendiri, jangan rasa yang korang tak berguna langsung. Kita semua ada kelebihan dan kekurangan. Sebabtu kita dicipta beramai ramai untuk melengkapkan apa yang kurang dan menyempurnakan apa yang sedia ada.
Gembira selalu ya semua? Jangan sedih lama-lama, korang kena ingat hari ini jatuh tak semestinya perlu jatuh untuk hari seterusnya. Awak semua, dan saya juga semua indah. Jangan pernah rasa diri tu teruk, sebab takada satu makhluk Allah pun yang dicipta untuk menjadi seteruk teruk manusia.
Apa kesalahan yang kita buat hari-hari yang lepas, adalah kesalahan yang mengajar kita untuk menjadi lebih baik dan lebih matang berfikir untuk masa akan datang. Mungkin lambat untuk kita sedar, tapi satu hari nanti yakinlah diri awak semua akan jadi yang terbaik.
@dari pada yang memahami kehidupan
@mencari ketenangan#
Sabtu, 5 Oktober 2019
Mulakan hidup dengan perkara yang baik-baik.
Jumpa orang senyum...
Jumpa apa-apa senyum...
Jangan duk fikir yang bukan-bukan sikit pun. Hati tu hati kita tu jaga. Jangan bagi makanan maksiat macam mengumpat mengata tu semua. Bagi makanan rohani dan vitamin zikir yang baik-baik, sangka yang baik-baik. Sabar syukur. Ingat segala yang berlaku semua atas izin Allah.
Buat kerja tu susun ikut jadual. Jangan malas-malas. Tanda, susun dan buat ikut keutamaan. Buat satu-satu. Jangan kalut nak buat semua. Masa jangan bazir, air jangan bazir. Badan tu sentiasa dalam keadaan wuduk. Gitu...
Ajar diri tu, nampak benda berdosa cepat-cepat istifar. Duk saje-saje ucap zikir. Ada masalah fikir penyelesaian macam mana nak buat ni ya... Bukan fikir masalah. Tak jumpa jalan, solat dua rakaat mintak petunjuk sat.
Janganlah gelabah serabut tak tentu pasal. Masalah tak lari jugak. Tenang tu penting. Syaitan suka orang serabut celaru ni. Relax... Ok?
Selamat pagi. :) Alhamdullillah..
Niat apa pagi ni?
Khamis, 3 Oktober 2019