Khamis, 26 September 2019

29.09.2019 takut kan Allah

🌹"Wanita yang takutkan Allah akan bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah. Dia juga akan bersungguh-sungguh mentaati suaminya, menjaga kebajikan suaminya, dan memohon keredhaan suaminya. Itulah syurga dan nerakanya."🌹

"Orang yang kenal ALLAH, hati dan fikirannya sentiasa memikirkan bagaimana dia nak menjadikan dirinya selalu diredhai ALLAH.

Orang yang nak BERJAYA akan berusaha bersungguh sungguh untuk BERJAYA.

Orang yang nak GAGAL juga akan bersungguh sungguh untuk mencipta alasan untuk GAGAL.

Jadi, anda nak BERJAYA atau GAGAL?

Mesti la BERJAYA kan, jadi mulai dari hari ni FOCUS dengan apa yang anda impikan kerana FOCUS ini membuatkan anda menumpukan seluruh tenaga dan pusat perhatian kita pada matlamat tersebut.

Ingat, manusia adalah makhluk yang dikurniakan dengan mindset yang subconscious mind yang dasyat. Apa yang diFOKUSkan pada minda itu lah nanti yang akan diterjemahkan menjadi sebuah realiti!

@daripada zul kuala lumpur🎯🎯🎯

27.09.2019 hidup itu pilihan

Hidup Itu Pilihan

Jika hidup selalu menghadapkan kita pada sebuah pilihan, apakah hidup itu sendiri tidak pernah memiliki kesempatan memilih kita sebagai takdirnya?

Hidup selalu menghadapkan kita pada sebuah pilihan. Dan setiap pilihan selalu menghadapkan kita pada sebuah keputusan.

Kadangkala pertimbangan-pertimbangan kita semakin hari semakin membuat kita ragu untuk memilih.

Membuat kita semakin sulit menentukan mana yang terbaik diantara yang baik.

Kita takut jika sesuatu yang kita pilih suatu hari nanti hanya akan membuat kita menyesal. Kita takut jika sesuatu yang kita anggap baik, ternyata adalah sesuatu yang buruk.

Tapi seburuk-buruknya hidup yang akhirnya kita lalui, kita masih diberi kesempatan untuk menjadi lebih baik.

Bukankah itu juga sebuah pilihan? Seperti halnya hidup yang memilih kita untuk melaui jalan takdirnya.

Lalu apa yang mesti kita takutkan? Sedang kenyataannya diri kita sendiri lah yang terpilih untuk melewatinya.

@mencari ketenangan#

27.09.2019 terdetik

Kadang2 mesti pernah terdetik seperti yang dibawah ni kan dalam hidup kita:

🍃 Bagusnya pekerjaan dia. Gaji mesti tinggi..
🍃 Bila lah aku nak ada rumah sendiri macam dia..
🍃 Dah berkahwin dah mereka. Seronoknya dah bertemu jodoh..
🍃 Akrabnya persahabatan mereka..
🍃 Romantiknya pasangan dia..
🍃 Riuhnya keluarga mereka
🍃 Meriahnya keluarga mereka ada anak/cucu 
🍃 Kurus/Cantik/hensemnya dia.. Pakai apa pun elok je
🍃 Seronoknya boleh bercuti

Macam2 lagi kan perkara2 yang terdetik atau terlintas dalam hati.

Kita cemburu melihat kebahagiaan/kejayaan orang lain.
Biarlah cemburu yang baik2 bukan yg sebaliknya..

Macam mana yang dikatakan cemburu yang baik?
Doakan yang baik2 supaya yang baik2 itu berbalik pada kita.
Jadikan mereka itu sebagai role model untuk kita contohi.

Dan macam mana cemburu yg sebaliknya?
Bersangka yang bukan2 terhadap kejayaan atau pencapaian yang mereka kecapi.
Berdoa sesuatu yang tidak elok buat mereka.

Rezeki setiap orang adalah berbeza.
Kenapa dia dapat semua tu, kenapa bukan aku??
Bukanlah bermakna Allah itu tidak adil..
Allah itu Maha Adil. Sangat Adil.

Apa yang kita lihat tidak seperti apa yang mereka hadapi.
Kita cuma lihat apa yang kita nampak.
Yang disebalik kejayaan atau sesuatu yang mereka kecapi kita tak nampak...
Kesusahan dan cabaran yang mereka hadapi..
Kejatuhan atau kepayahan sebelum mereka berjaya bangkit.
Usaha yang tidak kenal putus asa..

Jangan mudah untuk buat rumusan atas apa yang kita lihat.

Kita rasa kita kurang beruntung dari mereka...
Kita rasa kita biasa2 je..
Kita rasa kita tak punya apa..
Tapi tahu tak, ada golongan yang juga merasa iri hati atas 'kekurangan' yang kita punya..
Ada golongan yang turut merasa betapa 'beruntungnya' hidup kita..

Oleh itu, usah cemburu..
Berdoa..
Usaha...
Ikhtiar...
Tawakkal...

Bersyukur dengan apa yang kita punya..

Terkadang kita ini diberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu..

Kita mungkin tidak punya apa yang mereka punya.. Tapi mungkin juga kita punya apa yang mereka tidak punya..

Belajar untuk bersyukur dan kita akan lebih menghargai setiap apa yang kita punya

@Mencari ketenangan#

Rabu, 18 September 2019

19.09.2019 kuasa muslim

*KuasaBeliMuslim 20juta65%*

*🚩JIHAD EKONOMI MUSLIM*
#BuyMuslimFirst #BMF

*👍ISTIQOMAH KEMPEN MEMBELI PRODUK MUSLIM*
"HalalSuciBersih" + "Halal Toyyiban"
"Syarikat Muslim Bayar IncomeTax, Zakat, Sedekah Jariah Fakir Miskin, Derma Tabung Masjid, Derma Tabung Anak Yatim, Wakaf"
*Kemaskini: 16/9/2019*

*🍱🍞MAKANAN*

1. *Beras* : Faiza, Bernas, Era, Juara, Langsat, Super, Fikri, Fais, Era Bayam.

2. *Roti* : Gardenia, Ikhwan, Federal, Produk Muslim Tempatan.

3. *Bihun* : Tayba, 3Teratai, Taqwa, AgroMas, Ikhwan, Faiza, Chef Ustazah, SajiMee, Juara.

4. *Mee Kuning & Kuey Teow* : Ikhwan, Sufi, Afrina's, Gardenia, Produk Muslim Tempatan.

5. *Marjerin, Jem, Kaya, Mayonis*  : Chunky, Adela, Pelangi, Super Creamlite, Mariana, Alif, Palm 365, SajiMayo, KipasUdang, Partima, CH,

6. *Minyak Masak* : Alif (Sime Darby), Saji (Felda), Adela (Felda) Juara, Lesong, Hafeez, Tiara, Tiga Udang, Sofia, Syed, Kijang, Olife, De'Ibu (Felcra), RasaRiang, Duyung Mas, Hanna.

7. *Ayam* : Ayam Ikhwan, Ikhwan Butcher, Az Zain, Ladangku, Bismi, Sufi, HPA, Mumtaz, Ayamas, Hijrah, Dr Zainol, Ayam Pasar milik Bumiputera Muslim Tempatan.

8. *Tepung* : Ikhwan, Faeza, Bidara, 1Malaysia, HPA, Adabi, Kristal.

9. *Gula Pasir* : CSR, GPT, Perlis, Prai FGV, Krystal.

10. *Garam* : Adabi, Faiza, Halagel, HPA, Tamin, Coop1, Himalaya, Nevgel, Gu Awa 593.

11. *Rempah2* : Adabi, Brahim's, Agromas, 'O', HPA, RasaBonda, Mak Siti, Faiza, Peladang, Puteri Ayu, Ihsan & Son, One, Sherwan, Suri, Iman's, Ikhwan, Chef Ustazah, Al-Waqiah, Seri Tanjung, SY Foods, Bunga Ros.

12. *Makanan Tin* (cth Sardin, Mayo dsb) : Adabi, Agromas, Pertima, King Cup, HPA, Classfoods, Ikhwan, Sardines.

13. *Kopi & Teh* : Ikhwan, Hang Tuah, Agromas, Radix, Tamar Cocoa, Cocomix, Mudim, Gantang, Eman Cafe, Che Nah, Orang Kampung, MyCoklat, Mahkota Dewa, Produk Muslim Tempatan.

14. *Susu Tin* (pekat & cair) : Alif (Sime Darby), Saji (Felda), Era.

15. *Biskut & Kurma* : Goodkiss (Noraini's Cookies), Agromas, Cholette Choc, Kurma Yusuf Taiyoob, Mahnaz Food, Syarifah, Taybah, Maryami, Ajwa, Safawi, Mabroom, Produk Muslim Tempatan.

16. *Sos & Cuka* (Cili, Tomato dsb) : Ikhwan, Adabi, Pelangi (Felda), Sufi, Tamin, Mudim, HPA, Taybah, Life, BumiHijau, Jayyad, Habhal's, Jalen, Enaq.

17. *Kicap* : Ikhwan, Kipas Udang, HPA, Taybah, Jalen.

18. *Sejuk beku* (Burger, Nugget dsb) : Ramly, Nafas, Ayamas, Azmy, Pau Ain, Produk Muslim Tempatan.

19. *Kordial & Air Tin* : Sunquick, Jalen, Radix HPA, Safina, Ikhwan, Produk Muslim Tempatan.

20. Produk-Produk Bumiputera Muslim Tempatan yg HalalSuciBersih.

*💄💊KOSMETIK, DIRI & SUPPLEMENT*
✔D'Herbs
✔Nurrasya Beauty
✔Almas Beauty- Nusantara 
✔Pamoga & Vida Beauty
✔D'Exandra Perfume
✔Orang Kampung
✔Ratu Jamu Malaya
✔HPA
✔RCC Stevia
✔AlFateh Junior
✔Int3tree
✔Pharmaniaga
✔Najwa
✔Mu'min
✔Ikhwan
✔Taybah, Ubat Gigi
✔Miswakgel
✔Suchi
✔Susu C2Joy
✔Kedai Gunting Rambut Muslim.
✔Produk Muslim Tempatan. 

*🚌✈PENGANGKUTAN*
✔Proton
✔Perodua
✔MAS
✔KTMB, MRT, LRT
✔Bas Transnasional
✔Konsortium Bas Ekspress
✔Teksi
✔MISC
✔MyCar
✔Bengkel Muslim Tempatan.

*📬📮KURIER*
✔Pos Malaysia
✔ABX Ekpress
✔NATIONWIDE Express

*🏨🏡PENGINAPAN*
✔Hotel Seri Malaysia
✔Hotel TabungHaji
✔Hotel milik GLC/Kerajaan
✔Homestay Muslim Tempatan
✔Rest House Majlis Daerah

*🏄🏊WATERPARK & PELANCONGAN*
✔WaterPark dan Pelancongan milik GLC/Kerajaan @ Kerjasama Swasta.
✔Zoo Negara
✔Zoo Johor
✔Zoo Taiping

*🍤🍗RESTORAN*
✔Restoran milik Muslim
✔Catering & Bridal Muslim
✔KFC (Malaysia) milik JCorp
✔PizzaHut (Malaysia) milik JCorp
✔McDonald's (Malaysia) diuruskan Gerbang Alaf milik Lionhorn Pte Ltd (Reza Group)

*⛽🚥MINYAK/GAS*
✔Petronas
✔BHP (dimiliki LTAT)

*⚽🎳SUKAN*
✔Kelab Sukan Negeri/Daerah 
✔Al Ikhsan Sport

*🏢👕PASARAYA/GEDUNG*
✔Mydin
✔Sakan
✔Koperasi, IMCOOP
✔D'Mart FELDA
✔Ikhwan
✔Jakel
✔PERNAMA 
✔Kohalal
✔KR1M
✔Taybah Mart
✔Az-Zain
✔SRM
✔D'Halal Shoppe
✔UO
✔Pak Aji
✔Tesco (Malaysia) dimiliki SimeDarby
✔Kedai Runcit Tempatan milik Muslim

*🏥💉KESIHATAN*
✔Hospital/Klinik Kerajaan
✔Klinik/Farmasi milik Bumiputera Muslim 
✔Hospital Pakar KPJ milik JCorp
✔Pusat Rawatan Islam milik Muslim

*🎓🔬PENDIDIKAN*
✔Sekolah Kebangsaan
✔Sekolah Agama
✔Pusat Tahfiz
✔Pusat Tuisyen Bumiputera Muslim
✔Universiti/Kolej Tempatan
✔IKM, IKBN, Politeknik
✔Agensi Usahawan Bumiputera

*📚📒UNDANG-UNDANG*
✔Peguam Bumiputera Muslim
✔Peguam Syarie
✔Pesuruhjaya Sumpah Muslim

*📡☎TELEKOMUNIKASI/MEDIA*
✔Telekom
✔ONEXOX
✔CELCOM
✔ALTEL
✔RedTone
✔TV1, TV Al-Hijrah
✔Media Prima
✔Utusan, Kosmo, Metro, Harakah
✔Filem/Drama Muslim
✔Majalah/Buku keluaran Bumiputera Muslim. 

*🔩🔨KEJURUTERAAN, HARTANAH & LADANG*
✔DRB-HICOM
✔UEM
✔MMC
✔SPNB
✔Sime Darby
✔FELDA, FELCRA
✔TH Plantations, TH Engineering
✔Koperasi Hartanah Bumiputera
(Cth: KOHAB, KPATB, KKHM, UKHWAH).
✔Perunding Hartanah (REN) Muslim
(Cth: Ziyad, True Vest)
✔Cat Bangunan - Bina Paint
✔Kontraktor Bumiputera Muslim Tempatan

*💳💲KEWANGAN & PELABURAN*
(Patuh Syariah, Tiada Riba') 
✔Perbankan Islam
(Cth: BIMB, Maybank, BSN, Bank Muamalat,  CIMB, Perwira Affin, RHB, MBSB, B.Rakyat, AlRadji)
✔Koperasi
(Cth: K.Tentera, K.Polis, K.Guru, K.JPA, K.Angkasa, K.Negeri, K.FELDA, K.FELCRA)
✔TabungHaji 
✔PNB
(Cth: ASB, ASN, ASW)
✔Unit Trust Dana Islamik
(Cth: Pelaburan Mara Berhad, CWA, AHB)
✔Takaful
(Cth: T.Etiqa, T.Ikhlas, T.Malaysia, PBTB)
✔UTC
✔MARA
✔AIM, SKM
✔Tekun
✔PTPTN
✔AmanahRaya
✔Wasiat Agensi
✔Pusat Zakat

**Sumber: Internet
**Kredit: ABATA

halalmall.org
kedaimuslims.com
beliprodukmuslim.wordpress.com
https://www.buymuslimfirst.com
https://bengkelkeretamuslim.wordpress.com
http://1stopmuslim.blogspot.com
www.mnymalaysiahomestay.com
www.halal.gov.my
-----------------------------------
🇲🇾Jumlah Penduduk Malaysia: 32.4juta
👪Melayu/Bumi: 23juta (69.1%).
👪Cina: 6.69juta (23%).
👪India: 2.01juta (6.9%).
👪Lain-Lain: 290K (1%).
**Nisbah: 7:2:1

#PerlembagaanNegara
#JihadEkonomiMuslim #BuyMuslimFirst #BMF
#MTM #KempenBeliProdukMuslim
#UMMAH
#PPIM
#JAKIM
#DPIM
#DPMM
#HalalSuciBersih
#KuasaBeliMuslim 20juta65%
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Isnin, 16 September 2019

16.09.2019 Link Al Quran

Link ini bagi yang ingin Menghafal, atau hanya mendengarkan Al Qur'an sebanyak 30 juz atau ingin berlatih membaca Al Qur'an tanpa harus men-download, maka silahkan buka link ini:
‏​‏​‏​
https://bit.ly/2EiS0Yv

Kirimkan keseluruh group, mudah²an termasuk Amal Jariah.

Isnin, 9 September 2019

09 09 2019 madah pujangga islam

Tazkirah pagi

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Sentiasa Ingat ALLAH Ketika Senang Dan Susah

Sekiranya kamu bersedih, maka ingatlah Allah kerana apa saja masalah, sebesar mana pun masalah, Dialah Allah yang akan menyelesaikan segala masalah.
Hati kamu akan tenang bila mengingatiNya, mengadulah padaNya, rayulah bersungguh2 sehingga kamu merasa benar2 hampir denganNya.
Ketahuilah, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, sudah banyak kita lihat sesuatu yang kita tidak suka tapi akhirnya memberi kebaikan kpd kita. Apabila kamu berduka carilah amalan yang mendekatkan kita dengan Allah, musibah itu ada nikmatnya bila kita ingat kepadaNya dan nikmat itu boleh menjadi musibah bila kita lupa dan jauh denganNya.
Jadilah hamba Allah yang sentiasa berzikir pada ketika senang dan susah.

Semoga bermanfaat....

Madah pujangga Islam :
Tanpa agama manusia binasa,
Tanpa ilmu manusia buta,
Tanpa iman manusia sengsara,
Tanpa ukhwah manusia tersiksa.

Ada agama datangnya pelita,
Ada ilmu datangnya harta,
Ada harta datangnya derma,
Ada ukhwah datangnya saudara.

Rezeki dalam hidup kita lain-lain...

Ada orang...
Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down...

Ada orang...
Rezeki dia dpt kahwin dua orang...ada rezeki dpt 3 orang...maka tersenyumlah dia sorang2...

Ada orang...
Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis...

Ada orang...
Rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran...

Ada orang...
Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu...

Ada orang...
Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari...

Ada orang...
Rezeki dia, dapat travel sana-sini...

Ada orang...
Rezeki dia, business maju dan bertambah maju...

Ada orang...
Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi...

Ada orang...
Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran...

Ada orang...
Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi...

Ada orang...
Rezeki dia, ada rumah yang selesa didiami...

Hakikatnya...
Allah menjadikan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri...

Cuma kadang2 kita yang tak nampak & tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang & material...

Alhamdulillah...

Semua benda yang baik adalah rezeki dari Allah, walau pun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walau pun sekali dalam hidup dia...

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat...

Utamakan kehendak Allah, In Shaa Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara...

Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat...

Rezeki kita...
Masih hidup lagi hari ni & berkesempatan utk bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi & pergi berjumpa Allah nan satu tanpa sempat bertaubat...

Wahai saudara2 ku, semoga setiap nafas kita sentiasa mengingati Nya dgn rahmat Nya & kembali kpd fitrah...

@mencari ketenangan#

Jumaat, 6 September 2019

26.09.2019 prodak melayu

Bismillah.... Pelancaran Group Telegram PERSATUAN EKONOMI MUSLIM

Dijemput anda semua join Group ini, dengan klik link dibawah.

t.me/diskusiprodukmuslim

Disamping itu, ayuh kita ramaikan ahli Group dengan Invite/Add sahabat2 yang lain seramai mungkin.

Jika setiap orang Add 100 member, kita hanya perlukan 1000 orang untuk Add 100 member untuk mencapai 100k ahli.

Gerakan Besar Besaran Kempen Sokong Produk Muslim Melalui Platform "Instant Messaging".

Ayuh... Ramai2...

Khamis, 5 September 2019

05.09.2019 onexox

Asalamualaikum ..salam sejahtera
saya nak kongsikan yang berguna dan manafaat untuk semua ..
maafkan saya  kalau ada kesalahan  dari saya..
hanya saya beri tahu kebaikan  onexox ni..

baca dan paham ...

Kad hanya rm 10.00 sahaja
Kredit ada rm 5.00
Jumlah kad hanya
5.00 je murah kan  100% islam punya ikut syariah ..

Black tu apa? Postpaid ke?

Bukan?
Black bukan postpaid, Black tu hybrid. Gabungan Prepaid dan Postpaid.

Biar saya terangkan dulu Onexox Prepaid.

ONEXOX PREPAID IN BRIEF

Onexox Prepaid ni kelebihan paling popularnya adalah tempoh sah aktif yang panjang.

Setiap user yang beli simkad Onexox Prepaid akan dapat kelebihan validity panjang ni bila dan memenuhi syarat-syaratnya.

Selebihnya Onexox Prepaid ni berfungsi seperti biasa. Topup RM10, dapat RM10.

Yang luar biasanya, bila topup, kredit bertambah (sudah semestinya) dan tempoh sah aktif pun berganjak ke depan.

Makna kata, tempoh sah makin panjang lah dari tempoh 2 tahun 4 bulan yang telah ditetapkan awal-awal pembelian tadi.

Ok, untuk  panggilan dan SMS pulak, macam biasalah. Ada kredit boleh lah call dan SMS. Takde kredit tak boleh la call dan sms. Simple kan?

Untuk data pulak, boleh beli data harian, atau mingguan atau bulanan. Pilih je mana suka dari menu *150#.

Tapi,

Onexox Prepaid ni ada Season Pass. Ini adalah salah satu kelebihan dan keunikan Onexox Prepaid.

Ada Season Pass.

Ok, Season Pass tu umpama stor simpanan.

Season Pass ni dia akan simpan data, minit panggilan dan sms.

Setiap data, minit panggilan dan sms yang dibeli (melalui season pass / happy hour) akan disimpan dalam Season Pass ni. Atau saya lebih suka sebut disimpan dalam stor.

Semua data, minit panggilan dan sms yang disimpan dalam Season Pass takkan expired.

Best kan?!

Yes, takkan expired.

Let say, dalam Season Pass tu ada 100 minit panggilan dan 100 sms. Dalam bulan tu contohnya anda tak guna langsung panggilan dan sms, maka bulan depan ianya tetap sama. Masih lagi 100 minit dan 100 sms.

Kalau guna camna?

Kalau guna maka akan ditolak la dari jumlah yang diguna.

Contoh anda guna 10 minit call kawan, baki adalah 90 minit dan masih dalam store.

Camtulah jugak dengan SMS.

Ok, camna pulak kalau ada kredit? Tolak baki minit panggilan dan sms dalam Season Pass atau tolak kredit?

Sudah semestinya akan tolak minit panggilan dan sms yang ada dalam Season Pass dulu.

Kalau Season Pass dah kosong barulah semua panggilan dan SMS akan ditolak dari kredit yang ada.

Tapi saya yakin, sebelum minit panggilan dan SMS habis dalam season pass, mesti anda dah beli stok baru.

Sebab apa?

Sebab data, minit panggilan dan SMS Season Pass adalah jauh lebih menjimatkan berbandingkan guna call dan sms guna kredit yang memang dah sedia jimat tu 🙂

Ok, untuk Data Season Pass pulak, game dia lain sikit.

Contoh la dalam Season Pass tu ada data 10gb.

Data tu tak aktif.

Jadi camna nak guna data ni?

Anda perlu aktifkan data tu. Dan yang BESTnya anda boleh aktifkan data mengikut keperluan dan corak penggunaan anda.

Contoh anda boleh aktifkan data 500MB untuk sebulan, 2gb untuk 7 hari, 2gb untuk sebulan atau 5gb untuk sebulan dan banyak lagi.

Jumlah data yang anda aktifkan tu akan ditolak dari jumlah 10gb dalam Season Pass tadi.
Anda pilih nak yang mana.
Kalau anda aktifkan 500mb untuk sebulan, maka dalam masa 30 hari anda harus menghabiskan data 500mb tu.

Kalau tak habis, contohnya anda cuma guna 250mb, bakinya yang 250mb tu akan burn.
Kat sini kena pandai bajet lah kan?

So far faham tak?

Simple je sebenarnya ni. 1st time memang mungkin ada rasa macam keliru. Tapi saya sentiasa ada untuk jawab kekeliruan yang ada sampai anda tak keliru lagi. Saya akan letakkan nombor telefon saya kat hujung artikel nanti.

Tamat dulu info pasal Onexox Prepaid.

OK sekarang sambung ke Onexox Black.

ONEXOX BLACK, THE BEST

yeah!

Onexox Black ni satu inovasi yang awesome la pada saya.

Ia ada plan dan komitmen bulanan macam postpaid (ada itemised bill) dan yang uniknya, bayar bil guna topup (macam prepaid).

Sebab tu dipangggil Hybrid.

2 benda yang Onexox Black takde;

Tempoh sah panjang 2 tahun 4 bulan

Season Pass

Jadi kalau takde 2 benda ni, tak best la Onexox Black?

Sabar dulu..

Ianya menjadi sangat bestsebenarnya.

Saya jawab kenapa takde tempoh sah panjang.

Sebab ianya ada komitmen bulanan.

Komitmen adalah bergantung kepada plan atau pakej yang diambil. Baca artikel saya berkenaan dengan plan dan pakej Onexox Black.

Dengan adanya komitmen, maka tiadalah tempoh sah panjang 2 tahun 4 bulan tu.

Make senses lah kan?

Tak best la kalau ada komitmen, kena bayar tiap-tiap bulan pulak kan?

Nope!

Sebenarnya best. Malah sangat best.

dan ini akan menjawab persoalan nombor 2 sekaligus, yang mana Onexox Black tiada Season Pass.

Kalau takde Season Pass, maka tiada la stor simpanan data, minit panggilan dan sms.

Bila takde stor simpanan, kat mana nak simpan semua tu? Nanti burn la data, minit panggilan dan SMS yang tak digunakan.

Hahahaa ! (gelak dulu)

Ok, Onexox Black takkan burn kan data, minit panggilan dan sms yang ada.

dan yang paling best, tak perlu nak aktifkan berapa banyak data yang nak digunakan. Sebab data dah memang aktif!

Dalam Onexox Black, data, minit panggilan dan sms semuanya telah sedia aktif.

Hanya masukkan sim dan guna.

Tak perlu pening nak aktifkan berapa GB data dari Season Pass.

Kalau tak habis data tu, akan dicarry forward 100% ke bulan depan. Dan bulan depan akan terima lagi data yang dalam pakej.

Contoh anda ambik plan B59 – 12gb Data, panggilan tampa had dan 100 sms.

Bulan ni guna 2gb data, 10 minit call, dan 10 sms. Maka baki yang akan dicarry forward adalah 10gb, 90minit, dan 90 sms.

Dan dibulan baru, akan terima lagi 12gb data, 100 minit panggilan dan 100 sms. Dicampur dengan baki bulan lepas maka bulan ni data anda ada 22gb, 190 minit dan 190 sms.

Haaa.. camtulah pengiraannya! (Tepuk)

Itu je untuk Onexox Black. Simple kan?

Jadi mana yang terbaik untuk anda? Adakah Prepaid atau Black?

Kalau saya, saya rekemen Black. Lebih aktif, lebih fleksibel. Iya betul fleksibel…

Nak bayar bil Onexox Black pun senang. Jangan sampai tak bayar nanti kena barred la pulak.

Lagi-lagi plan black B10 tu ha.. Baca artikel saya berkenaan dengan Kelebihan dan Kekuatan Onexox Black B10.

Ok, sekarang ni keputusan kat tangan anda.

Whatsapp saya 0105281038 kalau nak tanya apa pun soalan berkenaan dengan Onexox.

Saya sedia menjawab dan memahamkan anda dari sebarang kekeliruan dan misteri.

Jadi persoalan “Saya nak simkad Onexox, saya nak pilih black atau Prepaid?” anda sudah terjawab lah kan?

At least anda faham la sikit.
daripada zul...
@mencari keredaan#

05.09.2019 aku menyin diri ku sendiri

*AKU MENYINDIR DIRI KU SENDIRI*

Tidak tua,
tidak yang muda,
tidak laki-laki,
tidak perempuan,
kalau sudah letak HP,
ditinggal sekejap dilihat lagi,
ditutup sekejap dibuka lagi...

Semua sayang pada yang namanya​ HP...

Pergi ke mana-mana, HP dalam kocik...

Kumpul-kumpul sama teman bawa beg sandang isinya mesti ada HP...

Sehari HP boleh keluar masuk dari beg atau poket baju lebih dari lima puluh kali... he...he...

Habis mandi lihat HP...

Habis menyapu lihat HP...

Habis masak lihat HP...

Habis cuci baju lihat HP...

Habis makan lihat HP...

Habis bekerja lihat Hp

Habis kedatangan tamu lihat HP...

Bangun tidur lihat HP...

Tengah malam terjaga lihat HP...

Semuanya asal habis apa saja yang dilihat mesti HP...

Kerana setianya sama HP data tinggal sedikit cepat-cepat dibelikan...

Lowbat satu strip bingung cari pengecas bateri...

Internet lemah 'siput' yang dimarahi...?

Apa lagi kalau "ngam" lambat letrik mati lagi, TNB yang diumpat... he...he...

Dipanggil suami / isteri pura-pura tidak dengar, HPnya bunyi cepat-cepat lari mencari di mana HP ditaruhnya tadi...ha...ha...

Semuanya kalau sudah selesai acara apa saja, yang dicari HP...

Semoga saya tidak 'kejangkitan' seperti itu.

Yang merasa seperti itu jangan senyum-senyum sendiri...

Nanti suami / isteri kita tidak faham dengan sikap kita.

DOA UNTUK KITA YANG CINTA HP.
"YA Allah, ampuni dosa-dosa saya yang mempunyai HP ini YA Allah. Kerana saya:                                          
1. Lebih banyak mengisi kredit HP daripada memberi sumbangan di Masjid / Surau.

2. Lebih banyak baca
SMS / WhatsApp / FB daripada baca Al-Quran.

3. Lebih sering update status daripada update 'keimanan' diri kepada-Mu, Ya Allah...

4. Lebih sering buka BLUETOOTH daripada BERLUTUT SUJUD BERDOA.

5. Sering TELEPON tapi jarang BERKUNJUNG KE KELUARGA.

6. Isi Relod RM 30 tidak puas, tapi isi RM 1 ke  tabung  masjid saja terasa byk sangat.

7. Kalau dengar HP bunyi terus saja cepat-cepat angkat, tapi masa imam sedang khutbah asyik
santai picit-picit HP...

Ya Allah, Ya Tuhan ku... ampuni dosa-dosa saya yang punya HP ini...

Dan semoga HP yang saya punya ini memberi manfaat buat kepentingan beribadah kepada-Mu Ya Allah...

Dan semoga teman-teman saya yang seperti saya juga Allah Ampunilah dosa-dosanya, Ya Allah. Aamiin.

Edisi ini bukan menyindir, tapi mengingatkan diri ku sendiri. Terima kasih dan mohon maaf bila ada yang tersinggung, saya juga sama tersinggung, hanya untuk renungan lembut tapi nyata. Aamiin

muhasabah diri
@mencari ketenangan#

05.09.2019

Nak kekal jangan pandang harta,
Nak setia jangan pandang rupa,
Nak bahagia, terimalah baik buruk dia sebab dah tertulis manusia memang tak sempurna.

Umpama seorang yang kita cukup kenal, katakanlah dia itu kekasih kita. Dia buat baik kepada kita, buat suruhan kita, bukan kerana sayang kepada kita, bukan kerana cinta kita, tetapi dia ada target lain. Dia nakkan duit kita rupanya. Dia nakkan kereta kita. Jadi dia bukanlah nakkan kita, atau benar-benar cintakan kita. Tetapi dia hanya nakkan harta atau milik kita itu seperti duit dan kereta. Bayangkan, apakah orang seperti itu yang kita mahu jadikan kekasih kita? Realitinya ramai di antara kita memperlakukan begitu dengan Allah. Ramai di antara kita buat ibadah bukan kerana Allah. Tetapi kerana makhluk Allah atau ciptaan Allah seperti syurga atau pahala. Padahal apa ada pada syurga atau pahala? Ia sekadar ciptaan Allah. Ciptaan Allah itu makhluklah namanya. Jadi, kita buat ibadah sebenarnya untuk apa? Bukankah ibadah itu sepatutnya dilakukan kerana Allah? Kita lakukan kerana kita benar-benar kasih dan sayangkan Tuhan. Kita buat untuk mendapatkan cinta Tuhan. Atau dalam ertikata lain nak dapatkan Tuhan itu sendiri.

Oleh itu, tujulah kepada Tuhan, bukan ciptaan Tuhan. Kalau kita tuju kepada syurga atau pahala, itu menunjukkan kita tak hiraukan Tuhan, tetapi lebih berminat kepada ciptaanNya. Bayangkan apa kata Tuhan, seolah-olah Tuhan akan berkata, “kau nakkan ciptaanKu, Aku boleh bagi, tapi kau takkan dapat Aku, kasih sayang Aku.” Mana yang kita nak? Mana lebih besar? Ciptaan Tuhan berupa syurga dan pahala, atau Tuhan itu sendiri? Biarlah soal ganjaran itu Allah yang tentukan. Bahkan kalau kita dah dapat Tuhan, insyaAllah, kita akan dapat segala-galanya. Dia akan bagi sesuai dengan sifat Maha Pemurah dan Penyayangnya. Selama ini pun di dunia, Dia beri juga. Dalam kita buat dosa, dalam kita tak hirau Dia, masih Dia beri juga macam-macam kepada kita. Lebih-lebih lagilah kalau kita sudah dapatkan Dia.

Jadi, marilah kita dapatkan Tuhan. Apa sahaja yang kita buat ini, baik ibadah fardhu mahupun sunat, buatlah kerana Tuhan. Buatlah untuk mendapat keredhaan, keampunan dan kasih sayangNya. Kerana itulah yang seharusnya kita harap-harapkan.Tidak ada yang lebih besar di dunia dan akhirat melainkan keredhaan, keampunan dan kasih sayang Tuhan. Namun, sudah barang tentu ini semua tidak dapat dilakukan kecuali kita memang benar-benar mengenali Tuhan kita. Asasnya ialah dengan mengenali Tuhan. Bila sudah kenal, tercetuslah rasa kasih dan sayang kita kepada Tuhan. Inilah yang sepatutnya ada pada diri kita. Rasa kasih dan sayang pada Tuhan inilah yang akan membuatkan kita beribadah semata-mata kerana Tuhan. Dan bukan kerana hal-hal lain yang merosakkan hubungan kita dengan Tuhan.

Wallahu alam

05.09.2019 adat berniaga

🌸 ADAT BERNIAGA 🌸

🌸 Kadang family sendiri pun TAK support..
🌸 Kadang rakan2 kawan2 MULA menjauh.
🌸 Kadang orang PANDANG sebelah mata.
🌸 Kadang KENA ejek,kena hina... KENA maki pun ADA...
🌸 Kadang orang ANGGAP kita ni TAMAK nak KAYA..

🌸 Orang TAK TAHU..

🌸 Kita ni SUSAH..
🌸 Kita nie BANYAK beban..
🌸 Kita nie banyak MASALAH.
🌸 Kita nie SAMPAI menangis kerana BERUSAHA mengubah HIDUP...

🌸 TAPI❓

🌸 Orang AKAN pandang bila kita BERJAYA....
🌸 Orang akan DENGKI bila kita SENANG sikit..
🌸 Orang akan AMBIL kesempatan untuk JATUHKAN kita..

🤗 TRUST ME ❗️

🌸 REZEKI itu DATANGNYA dari USAHA YANG KONSISTEN DAN TAHAP KESABARAN TINGGI.
@Zul Onexox
DYSD78646
01156563556
@mencari ketenangan#
@Adat berniaga#
@onexox perniagaan sampingan ku
Biar ku kejar hanya sedikit rezeki itu halal

05.09.2019 setiap teman

Setiap teman kita pastilah punya kekurangan.

Setiap dari mereka pastilah pernah punya kesalahan.

Namun demikianlah kita fitrahnya sebagai manusia yang tidak akan pernah lepas dari yang namanya khilaf dan dosa.

Setiap dari kita pasti mempunyai aib masing-masing, hanya Allah saja yang menutupinya untuk kita dan beruntungnya kita,

Allah selalu membukakan pintu taubatNya hingga hari kiamat nanti.

Jangan lihat masa lalunya, lihatlah dia sekarang,

Dan semoga kita semua dapat menjalin pertemanan hingga ke syurgaNya kelak.

Aamiin

@quotephotovideo 🍭🍭🍭

Rabu, 4 September 2019

04.09.2019

Assalamualaikum Dan Selamat petang Semua ..

Semakin aktif kini kita lihat di media sosial kempen beli barangan muslim . Dan nama nama yg dicanangkam di media sosial sebenarnya brand yg sudah lama establish dan ada pembeli pembelinya cuma kuasa distribusi tidak menyeluruh .

Kempen ini secara tidak langsung dapat memindahkan sedikit kuasa ekonomi pada golongan golongan peniaga baru mahupun pengeluar baru .

Kita tahu kuasa ekonomi di Malaysia mahupun di indonesia ianya di kuasai oleh bangsa Tiong Hua atas kerana usaha mereka dan bagaimana mereka memberi sokongan kpd bangsa mereka which is not wrong at all ..

Sebagai Muslim Kita perlu mencuba utk memberi peluang kpd mana mana kaum untuk berniaga dan memilih barangan yg mempunyai kualiti yg bagus ..

Sebagai Telco yg mempunyai status Syariah Compliance dan satu satu nya didalam negara nampaknya Produk ONEXOX tidak tersenarai sebagai produk Muslim ..

Ada portal portal yg dulu pamirkan nama ONEXOX dan selepas itu dikeluarkan ..

Sijil Patuh Syariah yg kita dapat dikatakan menunggang agama , status syarikat yg saya bina 100% muslim juga dipertikaikan ..

Industri Telco Menjana Billion ringgit setiap bulan dan ia merupakan kek ekonomi paling tinggi ..

Tapi bagi saya ia adalah cabaran di media sosial . Saya lihat sokongan non muslim kini menjadi lebih banyak dari muslim sendiri dalam ONEXOX ..

Jarang berlaku kan ?

Mungkin kita ni tak nampak muslim sangat kot ?

But guys jgn kecik hati dgn pasaran .. kita perlu lebih berusaha ..

Walaupun orang kita sendiri yg sembang support produk muslim bila hulur simkad kita , dia kata kena tanya bini dulu ..

Its normal .. semuanya retorik politik .. tak ikhlas pun nak support sebenarnya ..

Kita jalan je dulu .. ucap alhamdulillah .. bantu pelanggan sebaik mungkin ..

Insyallah Rezeki tak pernah silap alamat ..

Kita kena tunjukkan kita ni Peniaga Muslim yg Real ..

Kita tak racist , kita tak hina agama orang dan bangsa orang ..

Walaupun orang pandang rendah kat kita , kita selalu kena bersyukur ..

Insyallah satu hari nanti