Ahad, 28 Julai 2019

29.07.2019 ilmu

Kita boleh berdoa hal yang sama.
Mengapa hasil berbeza?

Kerana keyakinan berbeza..

Ada orang berdoa.. Yakin betul.. Ikhlas meminta dari Allah.

Ada orang, ragu-ragu. Boleh ke ni, dapat ke ni, macam mana nak dapat ni..

Memang susah la nak dapat jika tak yakin.

Macam mana nak yakin?

Dengan ILMU..

Bila ada ilmu, kita jadi tahu banyak perkara. Keyakinan akan bertambah seiring dengan ilmu yang kita pelajari.

Nak ilmu, banyakkan membaca perkara bermanfaat. Jangan asik baca gosip retiss jewr. :D

Kutip juga ilmu dari pengalaman orang lain. Banyak kisah dari pembaca, keajaiban yang dialami. Itu pun ilmu.

Usah jemu cari ilmu dan amal.
Usah risau nak belanja duit untuk ilmu, pelaburan untuk ilmu takkan pernah sia-sia.

Sama-sama kita gali ilmu, amal dan sampaikannya ya..

Boleh ke boleh? ;)
@mencari ketenangan#

Jumaat, 26 Julai 2019

27.07.2019 ironi

▪️Ironi..

🍃 Kita rasa, hati kita baik.
Tapi kita selalu bersangka yang buruk.

🍃 Kita rasa, hati kita bersih.
Tapi kita selalu berkata yang kotor.

🍃 Kita rasa, hati kita suci.
Tapi kita selalu berhasad dengki.

🍃 Kita rasa, hati kita lembut.
Tapi ucapan kita selalu keras.

🍃 Kita rasa, kita cukup jujur bila bersuara.
Tapi kita cuma melukakan dan buat orang rasa terhina. Sedangkan orang cukup berjaga-jaga bimbang terguris hati kita.

🍃 Ahhhh. Sebenarnya, kita saja yang sangka diri kita dah cukup baik.

🍃 Kita selalu rasa diri kita sempurna, sampai kita lupa nak selalu renung apa silap kita.

🍃 Kita pukul canang khilafnya orang, kita lupa Allah nampak semua.

🍃 Sibuk nak orang nampak baiknya kita, kita lupa buruk kita semua Allah simpan jaga.

🍃 Sibuk nak orang tahu kita banyak jasa, kita lupa bila tidak diikhlaskan, bila diungkit dan disebar merata, yang tinggalnya apa?

🍃 Jom..
Sama-sama audit diri.
Sama-sama perbaiki diri.
Sedarlah kita ini pendosa tegar yg perlukan taubat yg kerap.
@mencari ketenangan#

Rabu, 17 Julai 2019

18.07.2019 nasihat

N A S I H A T
O R A N G T U A T U A
Asalamualaikum selamat pagi

Pemuda: "Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah"

Pakcik: "Tidak nak. Kebanyakan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar"

Pemuda: "Ehh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja"

S E P U L U H P E R A T U S

Pakcik: "Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai? 10, 15 orang? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni?"

Pemuda: "Hmmm...."

P A L I N G
S U S A H S E K A L I
I A L A H I S T I Q A M A H

Pakcik: "Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salah faham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.

Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat dan mengaji kau letak no.3, no.4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten? Tidak nak...."

Pemuda: "Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah?"

Pakcik: "Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak. Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar.

Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu.

Kau nak belajar Al-Quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa.

Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah dan belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa.

Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu.

Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi.

Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati"

H I D A Y A H

Pemuda: "Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Allah yang beri ke?"

Pakcik: "Memang betul hidayah tu Allah yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua.

Walaupun Allah buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah.

C A B A R A N
B I L A D A H T U A

Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya.

Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.

Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Allah bukakan pintu hati kita untuk berubah.

Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah.

Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal Al-Quran setiap hari.

InsyaAllah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat"

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya.

Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang jarak sekitar 1km, baru beliau sedar.

L E B I H R A M A I

Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.

Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, sama-sama kita berdoa supaya kita dijadikan dalam golongan yang menjaga solat dan istiqamah membaca Al-Quran.

@mencari ketenangan#

Rabu, 10 Julai 2019

11.207.2019.

Assalamualaikum selamat petang
Semua.....

Walau sebesar kuman kita menyakitkan hati orang, kita sudah berdosa.

Kita yang merasa sakit hati dengan orang yang menyakitkan hati kita, kita juga berdosa.

Maka kedua-duanya rezeki tersekat.

Tetapi kita tidak perasan hal ini bukan?

Kerana kita ada sengaja dan tidak sengaja menyakiti hati orang sama ada lisan atau perbuatan.

Sebab itu...dalam Islam sangat dianjurkan antara kita bermaaf-maafan supaya DOSA sesama manusia...

- Bebas berterbangan.
- Tiada lagi bersarang.

Sering kita dengar ibu bapa berkecil hati dengan anak.
Ibu bapa berdosa, anak juga berdosa. Kerana apa? Kerana Islam tidak ajar
kita menyimpan rasa sakit, marah dan dendam di hati.

Ibu bapa terasa hati, sakit hati dengan anak, akan mengakibatkan rezeki anak tersekat. Menyebabkan hidup anak kesusahan.

Anak-anak pula degil, ego, menyakiti ibu bapa makin menggunung dosa. Adakah hidup ibu bapa bahagia dan kesenangan?

Tidak ada kan?
.
BAHAGIA ITU REZEKI.

Ingat, dosa antara manusia, Allah tak campur. Itu antara kamu. Tak bermaafan, tanggunglah kamu akibatnya perbicaraan akhirat yang panjang kelak. Lautan manusia mahu percepatkan hisab. Tapi kita? Kerana marah, kerana sakit hati, lebih rela melambatkan hisab sendiri dan orang lain.
.
Yang mana-mana terbuku marah di dalam hati

- Ibu bapa
- Anak
- Suami
- Isteri
- Adik beradik
- Jiran
- Kawan
- Guru
- Saudara

Dll manusia.

Lepaskanlah sekarang.
Bebaskanlah hati.
Jangan ditambah lagi dosa diri.

Selagi ada di dalam dada,
selagi itu kita sedang mengumpul dosa.

Jangan ambil alih tugas Allah mengadili, menghukum kesalahan manusia.
Kita tidak layak buat kerja Allah.

Kerja kita, beribadah dan ikut perintah DIA.

Islam ajar bersangka baik, tidak berdendam, pemaaf, pemurah dan saling mendoakan. Betul kan?

Bebaskanlah jiwa-jiwa yang sakit itu supaya tenang dan sabar.
Dan keajaiban terbesar..

Sebelum menutup mata malam ini mari kita sedekahkan AlFatihah buat diri sendiri.

Apa yang ditulis ada lah, kita nak apa2 minta je dekat Allah. Allah maha kaya, Allah maha pemurah minta je dekat Allah jangan minta dengan manusia.

Walau pun hati kita tengah sakit banyak2 la baca al fatihah dekat diri sendiri. Supaya kecewa tak melanda.

Ada sorang pembaca ni tnya saya kenapa ya saya dah ikut apa yang disarankan  oleh penulis tapi tak menjadi..

saya tnya pembaca ni "sis  dah sedekah al fatihah untuk famli untuk suami? Dia jawab semua sudah. Kemudian saya tnya lagi, sis dah sedekah kan Al-Fatihah kat diri sendiri?  Jawapan dia" saya tak pernah pun buat sedekah al fatihah untuk diri sendiri "  Sis saya sarankan Sis mulai la sedekah untuk diri sendiri.

Then  seminggu selepas tu dia kembali wasap saya dan kata nya     " Adah sekrg saya rasa lebih tenang dan rezeki masuk tanpa disangka2 "

Alhamdulillah saya ucapkan.

Nikmat tenang hanya Allah saja yang tahu.

@mencari keredaan#

Ahad, 7 Julai 2019

07.07.2019 cekal

Nafas yang hembus, tanda pemberi nikmat dari Ilahi. Saya masih tetap berusaha cekal untuk bertahan, walau hati ini berkali-kali dilukai dan disakiti. Akan tetapi saya boleh senyum kembali, saat terkenangkan moment ... menulis kerana semua. Bukan kerana siapa-siapa. Biarpun akan ada yang akan tergantikan tempat, akan tetapi saya sukar untuk melupakan . Begitu payah sekali. Mungkin saya telah memberikan kenangan yang paling indah untuk saya kenangkan. Lantas, rasa rindu kembali bertemu di ruang kalbuku.

Jumaat, 5 Julai 2019

07.07.2019 aku takut

1 0    Y A N G
A K U   T A K U T

1. Yang aku takut
Hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.

2. Yang aku takut
Aku merasa aku paling  benar, sehingga merendahkan kebenaran yang lain.

3. Yang aku takut
Egoku terlalu tinggi, hingga merasa aku paling baik di antara yang lain.

4. Yang aku takut
Aku lupa cermin diri sendiri,namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

5. Yang aku takut
Ilmuku akan membuatku menjadi sombong, memandang rendah dan membeda-bedakan dengan yang lain.

6. Yang aku takut
Lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku, namun lupa dengan aib sendiri yang menggunung.

7. Yang aku takut
Aku hanya hebat dalam berkata, namun buruk dalam bertindak.

8. Yang aku takut
Aku hanya pintar dalam berkhotbah, namun sulit untuk mentaatinya.

9. Yang aku takut
Aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbaiki diri sendiri.

10. Yang aku takut
Aku membenci dosa orang lain.
Namun saat aku sendiri buat dosa, aku enggan membencinya ... 😭

Kalau ada kesilapan dari saya, tegor la saya... saya terima hati terbuka ....

Salam dari saya ...mencari ketenangan