Rabu, 14 November 2018

15.10.2018

⏰  P R A Y E R  T I M E S  ⏰
📍 Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
🗓 Khamis, 15/11/2018
🌟 8 (Rabī al-Awwal 1440H

🌥 Imsak   : 05:30
⛅️ Subuh   : 05:40
🌤 Syuruk  : 06:58
🌞 Zohor   : 13:01
☀️ Asar    : 16:23
🌙 Maghrib : 18:59
⭐️ Isyak   : 20:12

Selamat menunaikan solat fardhu! ☺️
🍃🍃🌼

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami..
yang sedang sakit,
mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezki,
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...

Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..

Ya Allah...
jika ada diantara kami yang baru kehilangan orang orang tersayang Kau kurniakan sifat redo dan sabar yang pertama tama dan gantikan lah dengan yang lebih baik. Lagi sebagaimana janji Mu
Kau tenpatkan roh roh aruah ditempat yang terpuji di taman taman syurga Mu.

Ya Allah
Tambahkan juga amalan amalan dari kebaikan yang pernah mereka buat didunia dan dari pahala. Pahala kiriman anak anak cucu dan keluarga mereka

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa disakiti dan dizalimi ATAU menyakiti dan menzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan...
Bukakanlah pintu hatinya & pintu hati kami agar saling memaafkan antara kami & mereka

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami,dosa sanak saudara kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa seluruh kaum Muslimin dan muslimat. Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

.آمــين.آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

@mencari keredaan📚📚📚

Selasa, 13 November 2018

14.102018 kita manusia biasa

••••

kítα hαnyαlαh mαnuѕíα yαng mєrαngkαk mєncαrí jαlαn pulαng yαng ’índαh’.

Sєpαnjαng pєrjαlαnαn ítu,kítα díhídαngkαn dєngαn pєlвαgαí kєmєwαhαn duníα ѕєhínggα tєrgєlíncír dαrípαdα jαnjí αѕαl ѕєmαѕα ѕєвєlum kítα díízínNyα mєlíhαt duníα íní.
Allαh tαhu kítα mαnuѕíα yαng tídαk ѕєmpurnα. DIA Mαhα Tαhu.  ѕSєвαв ítu díα tєrímα αmpunαn kítα αndαí kítα tєrѕαѕαr, Aѕαl ѕαjα kítα bєnαr bєrtαuвαt. Jαlαn pulαng tєlαh tєrbєntαng cαntík dídєpαn···
Kítα ѕαjα yαng hαruѕ kuαt dαlαm mєnєpíѕ gσdααn nαfѕu duníα dαn tєtαplαh вєrtєguh hαtí yαng ѕαtu..

Jαnjí yaa--, αndαí αku  tєrѕαѕαr jαuh, tαrík αku kєmbαlí untuk ѕαmα-ѕαmα  bєrjαlαn kє ѕyurgαNyα.. ☺️ 

jαnjí yaa··· kítα  semuanya  hínggα kє ѕyurgα.
αku··, kαmu··, díα··, mєrєkα dαn ѕєmuα :'))  
♥️•🍃🌹🌹🌹🌹🌹
@mencari keredaan#z@m

14.10.2018 ketabahan hati


Ada masa kita rasa sendirian. Lemah dan tidak kuat. Hilang punca ketabahan dan kecekalan. Tidak tahu kepada siapa mahu mengadu, siapa yang mampu menyelesaikan masalah kita.

Akhirnya air mata menitis, jiwa hiba, rasa ingin berputus asa.

Sebenarnya demikianlah hakikatnya bila seseorang teruji. Dia akan teraba-raba. Kerana dia hanya manusia biasa. Punya perasaan yang boleh terganggu, punya minda yang boleh terkacau.

Demikianlah Allah menceritakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 214, apabila difirmankan bahawa Rasul dan orang-orang yang berada bersama Rasul sendiri, saat teruji dengan dugaan tersangat hebat, mereka juga hingga bertanya: "Bilakah mahu datangnya pertolongan Allah?" sedangkan mereka sangat tahu bahawa pertolongan Allah akan datang. Hingga mereka perlu diingatkan dengan ayat: Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Tetapi di sinilah juga penawarnya.

Rasul dan orang-orang yang bersamanya ialah golongan yang punya iman. Walaupun saat mereka teruji mereka juga mungkin disergah rasa lemah dan ketakutan, tetapi iman akan mengembalikan kekuatan.

Apabila diingatkan bahawa pertolongan Allah amat dekat, iman mereka memberikan respon positif, lantas memunculkan kekuatan yang tadinya tenggelam sebentar dek fitrah manusiawi.

Di sini peri pentingnya kita mendidik diri dengan iman. Supaya iman dan keyakinan itu akan mampu menjadi pemujuk dan cahaya saat kita galau dan teraba-raba. Ya kita akan resah, kita akan gelisah, kita akan ragu-ragu, tapi jika kita beriman, itu semua akan berlalu.

Kita akan berlari ke arah keimanan. Meninggalkan galau dan duka, lemah dan putus asa. Sangka baik kepada Tuhan dan keyakinan bahawa Dia ada akan menjalar jiwa. Kekuatan mula menyapa.

Kita akhirnya akan mampu sedar,
kita tidak bersendirian sebenarnya.

Muhasabah.
@mencari keredaan#

Isnin, 12 November 2018

12.10.2018 walimatul urus

(Da'i Hadhari&Ustaz Datuk Seri Abu Hasan Din)

*WALIMATUL URUS*
•••••••••••••••••••••••••••••
Walimahtul ialah kenduri.
Urus ialah pengantin.
Walimahtul urus adalah kenduri khusus utk pengantin.
Nabi kata adakanlah walimah walaupun dgn seekor kambing.
TAK BOLEH KAHWIN SOROK².
Kita kena iklankan perkahwinan dgn adakan kenduri kahwin.

BAGAIMANA NAK LAKSANAKAN JEMPUTAN YG BERBEZA,MELALUI KAD,MULUT ATAU WHATSAAP?
Bila kita terima jemputan,WAJIB hadirikan diri kecuali jika ada halangan syarak.
HALANGAN SYARAK IALAH:
1)Tempat itu jauh.
2)Jika majlis itu ada maksiat cth ada sediakan arak,nyanyian atau tarian yg melampau.

APAKAH WAJIB DALAM AGAMA UTK MEMILIH TARIKH TERTENTU?
Jika melibatkan bidaah atau kurafat,bahagia dan barakah tak ada.
Elakkan yg haram atau bidaah.
ISLAM TIDAK MENENTUKAN TARIKH.
Hanya ketika ihram sahaja tak boleh kahwin.
Rumahtangga akan jadi kucal kacil dan bercerai berai kerana tak ada barakah.

APAKAH MAKSUD SEBENAR MERENJIS DAN MENEPUNG TAWAR,APAKAH INI ADAT ATAU KEMESTIAAN?
Amalan merenjis tak ada dalam islam.
Kalau nak berkat perkahwinan,elakkan perkara yg dilarang dan benda² yg karut.
INI ADALAH BIDAAH.

MENGAPA WALIMATUL URUS DISUNNAHKAN DAN KEHADIRAN DIWAJIBKAN?
Dalam mazhab Imam As~Syafie walimatul urus sunnah yg sangat digalakkan,sangat dituntut.
ORG YG TERIMA JEMPUTAN WAJIB DATANG KERANA UTK MERAIKAN DAN MENDOAKAN.

ADAKAH TAPAK SIRIH DAN SIRIH JUNJUNG ITU ADAT?
Ini memang tak ada dalam syarak.
Ini adalah adat.
Jika melibatkan kepercayaan,ianya menjadi kurafat.
NABI KATA PERNIKAHAN YG DILAKUKAN SECARA MUDAH,ITULAH YG PALING BERKAT.
Kita kahwin nak bahagia,nak barkah.

YG PALING MURAH MAS KAHWIN ITU YG PALING BERKAT,BOLEH USTAZ BERI PENCERAHAN?
Jika pihak perempuan mudahkan,inilah perkhawinan yg ada keberkatan.

BAGAIMANA SIKAP IBUBAPA YG NAK BERMEWAH~MEWAH DALAM PERKAHWINAN SEDANGKAN ANAK BARU HABIS BELAJAR?
Mana² pernikahan yg mudah dan simple,itulah perkahwinan yg berkat.
JGN SAMPAI BERHUTANG.

TAK SEPATUTNYA ADA PERASAAN RIAK KETIKA BUAT JAMUAN.
BUAT JAMUAN SATU HARI ITU ADALAH SUNNAH.
BUAT DUA HARI ITU ADALAH KELEBIHAN(ada duit banyak)
BUAT TIGA HARI,ITU ADALAH RIAK.
JGN ADA UNSUR² RIAK BUAT MAJLIS SAMPAI TIGA HARI.

BOLEHKAH AKAD NIKAH DI MASJID?
Nabi kata bila nak kahwin umumkan,buat di masjid dan berkompang.
Dari segi sejarah ada sahabat Nabi bernama Saat yg berkulit hitam meminang anak org.
Semua org tak nak.
Saat mengadu pada Rasulullah.
Nabi suruh jumpa Abd.Rahman bapa kepada perempuan bernama Atikah.
Nabi mengkahwinkan Saat dgn Atikah dalam masjid.
Bila masuk masjid mesti ada tatacaranya.

SEKIRANYA SESEORANG ITU PUNYA BAJET YG TERHAD,SIAPA YG LEBIH UTAMA DIJEMPUT?
UTAMAKAN:
Jiran² dulu.
Keluarga dan kerabat.
Rakan kenalan.
JIKA ADA JIRAN ADA FAKIR MISKIN UNDANGLAH FAKIR MISKIN.
JIKA HANYA UNDANG ORG KAYA DAN TAK UNDANG FAKIR MISKIN,ADA ULAMAK KATA JADI HARAM MAJLIS JIKA HANYA UNDANG ORG KAYA SEDANGKAN TAK UNDANG FAKIR MISKIN.
Jgn pilih org² yg hebat sahaja.

JIKA TIDAK DIJEMPUT,BOLEHKAH HADIR?
Jika tak dijemput,tak boleh hadir.

ZAMAN SEKARANG BARANG SEMUA MAHAL DAN NAK BUAT DUA² ANAK SEKALI LELAKI DAN PEREMPUAN,BENARKAH KENA NIKAH ASING²(nikahkan anak ini tahun ini dan anak satu lagi tahun depan)?
Ulamak sebut afdal walimatul urus itu dilakukan selepas nikah.
Boleh akad nikah sekali.
DALAM SATU MAJLIS BOLEH AKAD NIKAH SEKALI.

APAKAH PUNCA PENGANTIN PEREMPUAN MENGAMBIL WALI HAKIM?
Syarat² nikah perlu ada wali.
Tak sah nikah tak ada wali.
Bila tak ada wali(cth tak ada bapa,bapa saudara,adik lelaki,abg)baru boleh gunakkan wali hakim.
KEREDHAAN ALLAH TERGANTING PADA REDHA IBUBAPA.
Tak boleh memiliki perempuan secara paksa hingga membelakangkan wali.
BILA ADA ORG LELAKI NAKKAN KITA,BERITAHU PADANYA TOLONG DATANG JUMPA IBUBAPA.
JANGAN KAHWIN LARI.

SAHKAH NIKAH TANPA SAKSI?
Nikah ada syarat²nya.
RUKUN NIKAH ADA 5:
1)Wali
2)Pengantin lelaki
3)Pengantin perempuan
4)Dua saksi(saksi yg tak fasik,saksi yg waras,saksi yg faham ijab kabul,boleh berkominikasi)
5)Ijab dan kabul.

BENARKAH BERSANDING TAK ADA DALAM ISLAM?
Bersanding memang tak disebut dalam kitab² fekah.
Bersanding adalah mengikutadat agama hindu.
Ada ulamak mengatakan boleh bersanding tapi pentas jangan besar sangat,pengantin berpakaian sopan ini tujuannya nak perkenalkan pada org bahawa anak kita dah berkahwin.
BERSANDINGLAH MENGIKUT CARA ISLAM.
Tujuannya juga bila org lain nampak anak kita,tak akan ada syak wasangka dari org lain.

SEKARANG MUSIM HUJAN,NAK ELAKKAN HUJAN BALING PAKAIAN DALAM PENGANTIN DIATAS BUMBUNG,BAGAIMANA DATUK?
Jgn campur adukkan dgn perkara² kurafat.
Lebih baik buat sembahyang hajat minta Allah alihkan hujan pada tempat lain atau tangguhkan hujan.

ADAKAH DALAM ISLAM ADA ISTILAH "LANGKAH BENDUL" DAN ADAKAH BERDOSA IBUBAPA MENGHARAPKAN SALAM KERUK?
Dalam kitab fekah tak ada istilah langkah bendul.
Dalam islam jika ditakdirkan adik nak kahwin dulu,kahwinkan sahaja.
Tak payah menyusahkan pihak lelaki kena beri hadiah pada kakak.
Org yg nak berkahwin,kita kena bantu.
Bantu bapa yg nak buat kenduri atau bantu pengantin.
Bawa hadiah cth periuk itu juga satu bantuan utk pengantin.
BAPA TAK BOLEH MENGHARAP DUIT SALAM KERUK.
Haraplah balasan dari Allah,jgn harap balasan dari manusia.
Yg memberi,berilah dgn ikhlas kerana Allah.

BAGAIMANA JIKA TETAMU MERUNGUT KERANA MAKANAN TAK CUKUP?
Buat walimatul urus ada adab²nya.
Kita buat ikut kemampuan kita.
Jangan ada unsur pembaziran ketika makan(makan tak habis)
JANGAN KUTUK TUAN RUMAH JIKA MAKANAN DAH HABIS.

BOLEHKAH JEMPUT ORG BUKAN ISLAM DAN BOLEH HADIR MAJLIS KAHWIN ORG BUKAN ISLAM?
Boleh kita jemput org bukan islam.
Beri makan apa yg kita makan.
JGN SEDIAKAN ARAK.
Boleh pergi ke majlis kahwin org bukan islam.
Pastikan dan yakin makanan itu halal.
Jgn terlibat dgn upacara org bukan islam cth pegang colok.

SEORANG AYAH YG NAK BUAT KENDURI KAHWIN,BUATLAH KERANA ALLAH.
JGN MENGHARAPKAN GANJARAN.
BUAT MAJILS KAHWIN BUKAN SOAL BISNES.
ORG BERI KITA TERIMA DAN ORG TAK BERI TAK APA,JGN BEZAKAN.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
@mencari keredaan#

Sabtu, 10 November 2018

10.11.2018 tamadun sejarah melayu

*Ringkasan dari sessi membedah buku Sejarah Tamadun Alam Melayu*

Penulis : Puan Zaharah Sulaiman
Judul Buku : Sejarah Tamadun Alam Melayu
Jawatan : Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia
Lokasi : INSTAC Kuala Lumpur

Kita terlewat 10 tahun kebelakang daripada kemerdekaan berbanding dengan negara Indonesia disebabkan pemimpin Melayu terpaksa berunding banyak kali dengan British (lebih 100 kali) demi kepentingan bangsa Melayu, malangnya pemimpin kita tetap gagal akhirnya. Kegagalan ini menyebabkan terbentuk apa yang dinamakan "kontrak sosial" yang mengandungi rangka perlembagaan hasil campurtangan empat orang asing tanpa hadirnya orang Melayu pun didalamnya.

Umumnya, bangsa Melayu waktu itu sebenarnya tidak ridha dengan kemerdekaan itu kerana kandungan "kontrak sosial" itu berat sebelah yang akan merugikan orang Melayu.

Dari awal lagi British berpihak pada bangsa Cina sehingga membawa sejuta orang Cina pada waktu itu, dengan setiap daripada mereka diberi pemilikan tanah hasil "kontrak sosial" dengan kaum pribumi Tanah Melayu. Tanah yang mereka perolehi  adalah tanah yg bernilai seumpama emas, dan juga tanah lombong. Malangnya di kala itu, bangsa melayu hanya memiliki tanah-tanah di kampung yang bernilai amat rendah.

British telah membela kaum Cina sehingga mereka menjadi kaya-raya melalui pembiayaan Bank. Modal kaum Cina yang besar itu dibantu oleh Bank OCBC dan Hong Kong Bank.

Bangsa Cina tidak berjaya melalui kerajinan pun, tetapi kerana besarnya modal mereka tersebut, dan mereka terus menguasai kekayaan itu sehingga kini.

Pada hakikatnya, pada awal lagi bangsa Melayu adalah bangsa sangat rajin menoreh getah waktu awal pagi turut bersawah, waktu petang menganyam. Malangnya, modal mereka terlalu sikit dan pekerjaan mereka di kampung itu tidak membawa kekayaan seperti orang Cina.

Orang melayu bijak sebenarnya namun tersekat dari kemajuan kerana tiada bantuan modal.

Sekarang di Malaysia 60 peratus dari keseluruhan tanah adalah kepunyaan orang asing.

Tanah rizab melayu di Pulau Pinang telah pupus. Manakala, di Kuala Lumpur tinggal hanya 1 peratus. Sebelum ini, penulis pernah menulis surat berkenaan perkara ini kepada Kerajaan namunnya hasilnya mengecewakan.

Tun Abdul Razak sedar tentang perkara ini atas nasihat Tun Sufian tentang kebanjiran bangsa Cina yang sangat ramai ke Malaysia ketika itu. Bagi mengimbanginya, Tunku Abdul Rahman Putra membawa orang-orang rumpun Melayu yang antaranya dari Filipina, Jawa, Sumatera dan seumpamanya berhijrah ke Malaysia.

Hasil penyelidikan penulis bangsa Melayu adalah bangsa kedua tertua selepas banvsa Arab iaitu Bani Jawi daripada keturunan Keturah. Anak Nabi Nuh (as) yang bernama Sam pergi ke Timur. Bangsa Melayu ramai dan hasil penyelidikannya adalah 99 peratus DNA bangsa melayu boleh dikesan pada orang asli New Zealand, Hawaii, Djibouti, Burma, Cambodia, Siam dan sebagainya.

Orang Utara (Cina) turun ke bawah dan pada tahun 1972 seramai 2 juta orang Melayu di  Cambodia dibunuh dalam satu tragedi penghapusan etnik. Sekarang Melayu Kemboja cuma tinggal 100 ribu orang sahaja. Vietnam itu satu asimilasi dengan bangsa Cina, yang berasal dari bangsa Melayu juga. Kalau lihat pada paras rupa mereka lebih mirip bangsa Cina. Orang Kedah pula ramai yang mati dibunuh Tai (orang Utara), ramai yang berasal daripada Patani dibunuh dgn kejam. Orang Kedah terkemudian ramai yang datang daripada Selangor, Perak dan lain-lain negeri.

Orang Melayu sangat tinggi ketamadunannya. Semasa Portugis mendarat, mereka terkejut melihay Istana Raja Melayu 3 tingkat dan beranda yg luas namun tidak pasti diperbuat daripada apa. Melaka juga mempunyai kubu tembok batu.

Orang Melayu turut terkenal dengan kepandaian dalam bidang maritim. Mereka suka mengembara dengan kapal laut. Kapal laut orang Melayu sangat besar mengalahkan saiz kapal Portugis beberapa kali ganda.

Dicatatkan China pernah mengimport 200 buah kapal daripada Melaka.

Sebenarnya Laut Cina Selatan itu nama asalnya ialah Pentas Sunda yang menandakan besarnya Kerajaan Melayu yang menguasai lautan ketika itu, malangnya sejarah itu dilenyapkan oleh  penjajah British dengan menukar namanya menjadi Laut Cina Selatan.

Di kala itu Melaka ada istana, Masjid yang elok, sebuah Masjid yang berwarna putih.British menghapuskan tapak-tapak sejarah ini dengan menggunakan jumlah wang yg besar.

Peninggalan sejarah ini banyak dilenyapkan kerana mahu menjaga keharmonian tapi para penyelidik bersetuju mengungkitnya semula selepas kes Kulasegaran mempertikaikan bangsa Melayu bukan penduduk asal.

Para penyelidik mahukan orang Melayu kenal sejarah yang disembunyikan dan memperbaiki bangsa Melayu agar kembali bangkit untuk bersatu agar kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin orang Melayu yang dahulu tidak berulang lagi.

Lenyapnya Pulau Batu Putih ke tangan mereka amat mengaibkan kerana sudah ada perjanjian terdahulu yang dipersetujui bersama, kini kita kehilangan sebuah pulau yang brnilai dari segi lokasinya.

Keadaan yang membarah dalam kontrak sosial ditambah lagi apabila British hanya memajukan kawasan penempatan Cina sahaja iaitu di kawasan bandar dengan menggunakan dana 100 juta Pound Sterling yang bersamaan dengan 1 Billion sekarang. Waktu itu bermulalah Sekolah Cina, Sekolah Inggeris, jalanraya, lampu dan sebagainya.

Melayu masih dikekalkan berada di kampung sedangkan kemajuan dilaksanakan hanya di bandar dengan rancaknya.

Di waktu kemerdekaan Pulau Pinang masih belum sepenuhnya merdeka kerana British memajak tanah selama 4 tahun dan berjanji untuk membayarnya, malangnya mereka mengkhianat lagi pada orang Melayu.

British mengkhianat pada janji mereka kerana tanah-tanah Pulau Pinang yang bernilai tinggi itu tidak diserahkan kpd Kerajaan Kedah tetapi diserahkan kepada orang-orang Cina.

Keadaan orang Melayu bertambah buruk apabila orang-orang Cina diberikan tanah itu, mereka mencagarnya di Bank OCBC dan Hong Kong Bank.

Maka, orang-orang Cina menjadi jutawan dalam sekelip mata tanpa menumpah keringat, melalui duit Bank itu mereka membeli, membeli dan terus membeli, maka "money makes money".

Konspirasi British dan orang-orang Cina ini menjadikan bangsa Cina menguasai ekonomi negara kita sepenuhnya.

Akibatnya, orang Melayu terus-menerus dipinggirkan dalam ekonomi negara kita hinggalah ke saat ini.

10.11.2018 harapan malaysia baru

betul ka nie..................

BARISAN HARAPAN MALAYSIA

UMNO 51
PAS 18
GPS 19
PKR 25 (Team DSAI)
MCA 1
MIC 2
STAR 1
BEBAS 1

Jumlah : 118

PAKATAN HARAPAN

DAP : 42
PKR : 22 (Team Azmin)
PPBM : 13
AMANAH : 11
WARISAN : 8
BEBAS : 1

Jumlah : 97

Jumlah : 215/222 Parlimen

Setakat ini difahamkan DSAI ada majoriti mudah untuk Kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir tumbang dalam masa terdekat.

DAP sedang 'negotiate' dan akan bersama gabungan baru dengan syarat Lim Guan Eng kekal di MOF selain MOT dan MITI diberikan kepada mereka.

Manakala status 7 orang lagi MP tidak memberi kata putus akan menyertai gabungan yang bakal dibentuk dalam waktu terdekat.

Sebaik sahaja DSAI memenangi PRK Port Dickson, jika tiada aral melintang dan Tun Dr. Mahathir tidak berjaya mencuri beberapa orang MP UMNO.

Gabungan Barisan Harapan Malaysia yang dibentuk di bawah kepimpinan DSAI akan menerajui negara dan rakyat Malaysia bakal menyaksikan ;

DS Anwar Ibrahim ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

DS Zahid Hamidi kembali menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Dan buat julung kali PAS mengisi pentadbiran negara, di mana TG DS Hadi Awang dilantik Timbalan Perdana Menteri II.