Rabu, 27 Disember 2017

28.12.2017 ikatan kasih persaudaraan

*IKATAN KASIH PERSAUDARAAN*
        *DAN PERSAHABATAN.*
 
*KHAS UNTUK SAHABAT ALAM MAYA MAHUPUN SAHABAT ALAM NYATA YANG KENAL DIRI INI*

*Dari kejauhanku
Menyampai salam
Terpisah alam
Waktu terus berjalan
Tak terlihatkan,
Namun kekal
di masa silam
Walau terus ditinggalkan..

Selagi masih bernafas
Selagi itulah konflik kehidupan
takkan pernah tamat
Selagi ada hati
Selagi itulah perasaan
Takkan hilang
Hidup dalam takdir Ilahi
telusuri denai alam
Terus langkahkan kedepan

*Tidak Terasa Tahun *2017* Beberapa
*Hari Saja Lagi. Sudah kepenghujng*
*Akan menjelang tahun baru *2018*

Abu Hurairah Ra berkata;
*Setiap kali datangnya tahun baru membuat
aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, semakin dekatnya hari perhitunganku*  
 
Kalau direnung renung rupanya dah jauh
kita berjalan,
Melangkah meninggalkan beribu kenangan dibelakang.

Sudah banyak yang berubah
Mungkin orang ,juga setiap keadaan
jalan cerita yang kita kisahkan
Dalam dunia aneka warna kepalsuan

Ya Allah,
banyaknya nikmat mu padaku.
sedikitnya aku bersyukur,
ya Allah ,
hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku,
tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah
aku turuti.
Ya Allah, 
Ampunkanlah,
ampunkanlah
aku ya Allah

Suka duka pahit manis selagi bernyawa
Begitulah hidup,mungkin,masa yg tidak abadi.yang tetap tinggal hanyalah memori.

* Ku pohonkaN JUTAAN KEMAFAAN*

*Buat Keluarga *
*Kamulah Yang Terpenting
Di Dalam Hidup Saya*

*Buat Saudaramara*
*Saya Minta Maaf Kalau Saya Ada
Menyakitkan Hati Kamu*

*Buat Kawan-Kawan* :
*Maaf Ya Kalau Saya Ada Silap
dan Salah,Tak Disengajakan.*

*Buat Sahabat* :
*Jangan Lupakan Saya, Bila Suatu Masa
Nanti Kita Terpisah*

*Buat Yang Tak Sependapat* :
*Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu
Salah Dimata Kamu*. 

*Buat Yang Sayang Pada Saya* :
*Saya Juga Sayang Kapada Kamu.*
                  
*Alhamdulillah*..
*Yaa Allah.!!!.*
*Dengan RahmatMu.*
*Kami Memohon KapadaMu*
*Ketemukanlah Kami Tahun 2018.*

*Panjangankanlah Umur Kami.*
*Mudahkanlah Dan Perluaskanlah.*
        *Rezeki Kami.*
*Berserta Badan Yang Sihat.*
  *Sentiasa Mengikuti PerintahMu.*

*HARAP TAHUN 2018.*
  *MENJADIKAN LEBIH INDAH*
*DI DALAM KEHIDUPAN KITA SEMUA*
  *AAmiin YA RABBAL AALAMIIN..

Rabu, 20 Disember 2017

20.12.2017 Doakan orang sakit

Assalammualaikum.
Nama saya Masruhin Bin Hj Othman & isteri saya Sharifah Binti Ramli kami minta jika anda buka mesej ni dan baca, kemudian hantarlah ke semua kenalan anda.. kami minta Ihsan doakan anak kami Noor Ain Binti Masruhin yang sedang terlantar sakit di Wad ICU di HSAJB(Hospital Sultanah Aminah) supaya Allah SWT memberikan syifa' kpd anak kami yg sdg bertarung nyawa di ICU akibat jangkitan kuman.Hanya Allah jua menentu segalanya dan ucapan Terima kasih di atas doa kalian😭.Kami minta, jgn tutup mesej ni sebelum anda hantar ke semua kenalan. Semoga Allah murahkan rezeki dan memberikan rahmat dlm kehidupan anda semua didunia hingga akhirat kelak. Hanya Yg maha esa mampu membalas budi baik tuan/puan Aamiin.....

😔Minta Jasa Baik Tuan/Puan tolong forwardkn sms ini.

#hari ini kita bantu orang
Esok lusa orang bantu kita..

Ahad, 17 Disember 2017

17.12.2017 suami dapat gaji

Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RN30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...
'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..
'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

Jumaat, 15 Disember 2017

15.12.2017 hadiah hari ini untuk sahabat

🎁 Hadiah hari ini:
Untuk sahabat.

Aku tidak menghadiahkan kepada sahabat-sahabatku Matahari dan Bulan kerana keduanya akan hilang (dengan pergantian Siang dan Malam)..

Aku tidak menghadiahkan kepadamu lilin dan ais, kerana keduanya akan meleleh.

Aku tidak menghadiahkan kepadamu Bunga dan Mawar kerana keduanya akan layu.

Namun aku menghadiahkan untukmu :

                            سبحان الله
                            والحمدلله
                           ولا إله إلا الله
                            والله أكبر

Kerana hadiah itu kekal untukmu di timbangan (Akhirat)

Aku memohon kepada Allah yg Maha Agung untuk diriku dan dirimu:

Agar menjauhkan dari kita semua  3 perkara..
Kefakiran
Kesempitan
Kekeliruan

Dan menjaga untuk kita 3 perkara..
Diri kita
Keluarga kita dan
Agama kita

Dan membahagiakan kita dengan 3 perkara..
Luasnya Rezeki
Syukur Nikmat
Panjang Umur..

Dan memalingkan kita dari 3 perkara.
😪Neraka Jahannam,
Mata yang Dengki,
Bara Kebencian

Dan membantu kita kepada 3 perkara
MengingatNya
MensyukuriNya
Ibadah kpdNya

Semoga Allah membahagiakan waktu waktu kita dengan segala kebaikan dan Vitamin (ص)  iaitu :
- Shoum
- Sholat
- Shodaqoh
- Shobar
- Shilaturrahim
- Shiddiq
- Shahabat Sholih/ah

Bacalah doa ini di dalam sujud.
(Dalil Al Qur'an):
"Maka kami qabulkan doanya dan Kami selamatkan dia daripada kedukaan.  Dan demikianlah  Kami menyelamatkan  orang-orang yang beriman.
( Qs Al anbiya' 88 )
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
سُبْحاَنَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

*آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن*

🌀Jangan tinggalkan UBAT ini hanya di hp......bahagi-bahagikan secara percuma. Sebarkan sebagai ladang ibadah kita...In shaa Allah.

Isnin, 11 Disember 2017

15.11.2017 seorang demi seorang meninggal kita

SEORANG DEMI SEORANG

1. SEMASA ZAMAN REMAJA
Seorang demi seorang budak-budak kampung kita keluar meninggalkan kampung. Ada yang meninggalkan kampung kerana bersekolah dan tinggal di asrama. Ada yang menuntut di universiti dan ada yang mencari kerja di bandar. Sampai masanya kita pula mengikut giliran mereka yang terdahulu, meninggalkan kampung kerana menuntut ilmu atau mencari kerja.

2. SELEPAS TAMAT BELAJAR
Seorang demi seorang kawan-kawan kita memasuki alam pekerjaan di sektor awam atau swasta. Akhirnya tiba pula giliran kita mendapat pekerjaan dan dapat merasai nikmat makan gaji setelah sekian lama menganggur sambil mencari pekerjaan.

3. SELEPAS BEKERJA
Seorang demi seorang kawan-kawan kita menamatkan zaman bujang. Mereka berkahwin dan beranak pinak. Setelah tiba masanya, kita pula mengikut jejak mereka berkahwin dan seterusnya beranak pinak.

4. SETELAH LAMA BEKERJA
Seorang demi seorang kawan-kawan kita yang senior mula bersara. Kita pula sedang menghitung tahun, bulan, minggu dan hari untuk turut bersara seperti kawan-kawan kita yang telah bersara.

5. DITIMPA SAKIT
Seorang demi seorang, orang-orang yang sihat mulai kurang sedap badan dan ditimpa sakit. Mula-mula sakit ringan dan seterusnya semakin memberat dan semakin uzur sehingga menghampiri kematian. Nanti bila tiba masanya, kita yang sedang sihat tidak mustahil mengalami situasi yang sama dengan mereka yang diuji dengan kesakitan.

6. TIBA AJAL
Seorang demi seorang, orang-orang yang hidup sama ada tua atau muda, sihat atau sakit pergi menghadap Ilahi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Akan tiba masanya nanti, kita yang sedang menikmati kehidupan di dunia ini turut akan dijemput oleh Allah untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

Kesimpulannya, setiap orang ada gilirannya untuk sesuatu perkara atau urusan sama ada giliran itu menyeronokkan, menyusahkan, menyedihkan, mahu, tidak mahu dan sebagainya. Kalau hari ini giliran orang lain, suatu hari nanti pasti giliran kita...

Hidup Hanya Persinggahan...

21.11.2017 ada orang sedih adik beradik

*🕌ADA ORG SEDIH🕌*

Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun.
Saya je kena ziarah mereka.
Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi x singgah ..

Mari saya bagi tau.

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka x dapat.

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala @ kebencian @ dendam @ cemburu.

Jadi biarkan orang yang x nak menyambung silaturrahim.

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi:

Saya sendiri tidak kesal @ kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka bz. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim. 

Kita x perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita..membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)
Muhasabah seorg insan daif....bagus perkongsian ni..

18.10.2017 pesanan di balik usia

PESAN DI BALIK USIA

💧Semakin bertambah usia semakin lemah Tangan menggenggam..karana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta Dunia.

💧   Semakin bertambah usia semakin kabur Matanya... Karana Allah sedang menCerahkan mata hati untuk  melihat Akhirat.

💧  Semakin bertambah usia semakin Sensitif.... karana Allah sedang mengajar.. bahwa pautan Hati dengan makhluk senantiasa mengHampakan.. namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah meNgecewakan.

💧  Semakin bertambah usia semakin gugur gigi-giginya....karana Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan Gugur kedalam Tanah selamanya.

💧  Semakin bertambah usia semakin ditarik Nikmat kekuatan Tulang & Sendi....karana Allah sedang mengingatkan bahwa tak lama lagi Nyawanya akan di ambil...

💧  Semakin bertambah usia semakin Rambut putih....karana Allah sedang ingatkan kain kafan yang Putih.

💧  Begitu juga Hati...semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian...karana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia...

                  Bila kita
        senantiasa berusaha
       menjadikan orang lain
                  Bahagia,
          maka sebenarnya
             kita lah orang
        yang paling Bahagia.

- Demikian, mudah-mudahan bermanfaat..
Daripada zul

Selasa, 5 Disember 2017

06.12.2017 doa

Ya allah...aku memohon kepadaMu..engkau memakbulkan setiap doaKU...

Ya allah...Syukur alhamdulilah diatas doa yang telah Engkau makbulkan disaat aku mahu bangkit dari kejatuhan yang lalu...

Namun sungguh berat ujian dan dugaan yang Engkau berikan padaKu ini..

Ya allah sungguh tidak kusangka setiap apa yang ku minta di dalam Doa ku...

Ya Allah
Ampunkan dosa2 ku....
Dosa2 kedua ibubapaku....
Seluruh ahli keluargaku....
Saudara2 ku....
Sahabat2ku dan Seluruh umat Islam.....
Panjangkan umur kami.....
Kurniakan kami kesihatan dan keselamatan  yang baik...
Permudahkanlah segala urusan kami...
Tunjukkan kami jalan yang benar....
Berkatilah kehidupan kami didunia dan diakhirat....
Masukkanlah kami kedalam syurga mu....
Ya Allah...
Engkau membuktikannya dan setiap apa yang ku mohon..Engkau berikan Ku petunjuk...

Alhamdulilah..syukur Alhamdulilah...
Namun apakah ini takdir dari mu yang harusku lalui dan harusku tempuhi dalam perjalanan hidup ku didunia ini Ya Allah...

Sakitnya didalam hati ini diatas ujian dan dugaan Mu ini ya Allah...

Terasa tidak tertanggung disetiap perjalananku ini Ya Allah...

Adakah ujian dan dugaan ini mampu ku tempuhinya Ya Allah...

Betulkah ini adalah jalan yang harus ku lalui untuk ku temui Cinta Ilahi Mu bersama Cinta sejati ku Ya allah....

Namun ku tak pinta ianya begini rupa....

Jahat kah diri ni Ya allah..namun diatas setiap doaku..aku memohon untuk tidak menyakiti sesiapa didunia ini...ku serah segala-galanya Pada Mu Ya Allah...

Tidak pernah terlintas dihati ini untuk berbuat demikian...namun perasaan yang Engkau berikan ini terlalu besar sehingga aku Menemui apa yang dicari...

Dikala pencarian ku ini ditemui lahir perasaan yang indah yang Engkau ciptakan kearah cinta sejati...ianya hadir sendiri tanpa diundang..dan setiap dalam doaku ku memohon padamu petunjuk pada jalan yang harus ku lalui dan Engkau beri petunjuk itu untukku...Ya Allah..Hebat nya Dugaan dan Ujian Mu ini Ya allah....

Kuatkah diri ini Ya allah...disaat untuk mencapai dan mengapai apa yang dihajati berlandaskan agamaMu Ya Allah Engkau sertakan ujian dan dugaan yang berat untuk ketempuhi malah lebih berat dari yang sebelum ini pernah ku lalui Ya allah...

Segala-gala yang berlaku semuanya mempunyai rencana yang tersendiri dari MU Ya Allah...Aku memohon diatas setiap titisan air mata ku ini agar Engkau Limpahkan lah petunjuk yang tidak terhingga dari mu Ya allah....

Apakah laluan ini adalah sebenar-benarnya ya allah...?

Adakah ini memang jalan yang Engkau Tunjuki agar aku tempuhi walaupun penuh onak duri dan berliku ya Allah..?

Ini kah yang telah Engkau takdirkan di setiap perjalanan dalam hidupku ini Ya Allah?

Betulkah ini jalan yang memang harusku lalui...ikuti dan ku tempuhi dalam menadapatkan Cinta MU ya Allah berserta cinta sejati ku Ya Allah...?

Ya allah...jika benar apa yang telah terulis dan ditakdirkan untuk ku ini...

Aku memohon kepada MU Ya Allah Engkau permudahkan setiap urusan ku ini dan limpahkanlah pada ku Petunjuk dari Mu Ya Allah....

Kuatlah diri ini...Cekalkan lah hati ini....tabahkanlah jiwa ini agar aku mampu menghadapi, mengharungi dan melepasi dugaan dan ujian Mu ini dengan baik dan bimbingan dari mu Ya Allah..sesungguhnya aku tidak mampu melepasinya tanpa bimbingan dari MU YA Allah....

Bantulah aku Ya Allah...bantulah Hamba MU ini yang amat memerlukan Mu Ya Allah....

sesungguhnya hanya kepada Mu tempat segala-galnya ku curah dari apa yang berlaku....

Namun ku tahu disetiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi...

Ku POhon semoga Engkau tunjuki ku dan Engkau tunjuki kebenaran dari apa yang berlaku pada semua nya...Aamiin...Aamiin.. Yarobalalamiin
Dari zul mokhtar

05.12.217 7 jenis persahabatan

ADA TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT.

1. TA'ARUFFAN.

Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di Lapangan Terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN.

Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN.

Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN.

Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.

5. AMALAN.

Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya.

6. ADUWWAN.

Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ...dia kutuk dan dedahkan aib kita. Talam dua muka. Seperti firman ALLAH SWT. :
"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..."
(Surah Ali Imran ayat 120)

RASULULLAH SAW. mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN.

Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta sahabatnya; kerana ALLAH Ta'ala SWT jua.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya NABI SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana ALLAH dalam tempat yang berjauhan diterima oleh ALLAH SWT."
(Hadis Riwayat Muslim)

Orang mukmin sentiasa berbaik sangka sesama sahabatnya, persahabatan yang terjalin kerana ikatan kasih sayang kerana ALLAH SWT. Semasa dia berdoa untuk dirinya sendiri dia akan masukkan bersama doa itu untuk kebaikan sahabat-sahabatnya. Salah satu doa yang sangat makbul ialah mendoakan kepada sahabatnya yang berjauhan.

Dari 7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana ALLAH SWT sebagaimana dalam firman Nya:
"Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan."
(Surah Az-Zukhruf :67)....

Moga bermanfaat untuk sahabat-sahabatku.

USTAZ AHMAD NASIR

Jumaat, 1 Disember 2017

02.12.2017 15 pintu syaitan

Bismillah... 15 PINTU SYAITAN YANG ADA DALAM DIRI KITA :
1. Pintu marah.
2. Cinta dunia.
3. Enggan menghadiri majlis ilmu.
4. Panjang angan-angan
5. Rakus.
6. Bakhil.
7. Suka pujian.
8. Riak.
9. Ujub (mengagumi diri sendiri).
10. Takut dan gelisah.
11. Buruk sangka.
12. Memandang rendah orang lain.
13. Suka pada dosa.
14. Merasa aman dari pembalasan Allah SWT.
15. Putus asa dari rahmat Allah SWT.
Semoga kita dijauhkanlah kami dari sifat-sifat diatas...

02.12.217 Kita pasti mati

KITA PASTI MATI
◆ Jika kita Renungkan Sahabatku, Betapa sakitnya saat sakaratul maut..
◆ Betapa gelapnya di dalam kubur..
◆ Betapa sempitnya di liang lahat..
◆ Betapa ngerinya di tanya oleh Malaikat..
◆ Betapa pedihnya azab kubur..
◆ Betapa panasnya api neraka..
◆ Betapa malangnya nasib kita..
◆ Saat itu jika kita banyak dosa..
◆ Walaupun saat ini kita masih muda..
Masih kuat, tapi maut tidak mengenal itu semuanya..!!
◆ Walaupun kita tidak ingin mati..
Tapi pasti kita akan merasakan..
◆ Entah berapa hari lagi..
◆ Entah berapa minggu lagi..
◆ Entah berapa bulan lagi..
◆ Entah berapa tahun lagi..
◆ Pasti maut akan menjemput kita..
◆ SETELAH BERADA DI ALAM KUBUR..
Sahabatku Mukjizat & Doa barulah kita akan sadar apa arti kehidupan di dunia ini..
YA ALLAH..
Ampunilah Dosaku, dosa kedua orang tuaku dan dosa sahabatku Mukjizat & Doa yang hadir disini Dengan kasih sayang-MU Jadikanlah kami calon penghuni SURGA-MU..
Aamiin Ya Rabbal'alamiin..

02.12.2027 pengemis

*Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah* Saw.

Pengemis itu berkata:

" saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah."

Rasulullah bersabda:

" Wahai Aisyah berikan baju itu kepada pengemis itu".

Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi.

Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau, dan langsung pergi ke pasar serta berseru di keramaian orang di pasar:

" Siapa yang mau membeli baju Rasulullah? ".

Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang, dan semua ingin membelinya.

Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapapun yang diminta, dan ia berkata kepada budaknya:

jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu merdeka. Akhirnya budak itupun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkanlah baju itu pada tuannya yang buta tadi.

Alangkah gemberinya si buta tersebut, dengan memegang baju Rasulullah yang didapat, orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:

" Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yg suci ini maka kembalikanlah pandanganku".

MaaSyaa Allah...dengan izin Allah, spontan orang tersebut dapat melihat kembali.

Keesokan harinya, iapun pergi menghadap Rasulullah dengan penuh gembira dan berkata:

" Wahai Rasulullah... pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku".

Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.

Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah:

" Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkahNya, ia telah mengkayakan orang yang miskin,
Menyembuhkan yang buta,
Memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita."

Subhanallah...

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala shadaqah itu ada 5 macam:

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)

" Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima kategori :

1) Satu dibalas sepuluh (1:10) yaitu bersedekah kepada orang yang sehat jasmani.

2) Satu dibalas sembilan puluh (1:90) yaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.

3) Satu dibalas sembilan ratus (1:900) yaitu bersedekah kepada kerabat yang sangat membutuhkan.

4) Satu dibalas seratus ribu (1: 100.000) yaitu sedekah kepada kedua orangtua.

5) Satu dibalas sembilan ratus ribu (1 : 900.000) yaitu bersedekah kepada orang yg alim atau ahli fiqih.
[Kitab Bughyatul Musytarsyidin].

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas. Aamiiiin...